Pengaruh Teaser TRAILER dalam sinema - LIBAS


Teaser TRAILER dalam sinema merupakan perkara penting dalam melariskan sesebuah filem. Teaser yang berkesan akan menarik lebih ramai penonton ke pawagam. Tetapi, teaser yang tidak menyengat akan membuatkan sesebuah filem nampak agak biasa dan kurang sambutan.

Pembikinan sesebuah teaser trailer bagi sesebuah filem perlu dihasilkan oleh individu atau mereka yang tahu selok belok tentang penceritaan dalam sesebuah karya. Ini penting bagi memancing penonton ke pawagam bagi menonton sesebuah filem. Kegagalan mewujudkan unsur dramatik dan suspend dalam teaser, menyebabkan sesebuah filem itu tidak berjaya mewakili jiwa dan hati penonton serta peminat filem.

Sebagai contoh, Libas umpamanya. Ia sebuah filem terbaik arahan Jurey Latiff. Kekuatan filem ini terletak pada jiwa garapannya dan plot penceritaannya, tetapi ia gagal menarik penonton untuk menonton filem ini. Kenapa?. Walaupun belum ditayangkan di pawagam dan bakal melibas pawagam tempatan mulai 29 hb September 2011, Libas antara karya Malaysia yang wajib ditonton peminat filem tempatan. Jika ditanya, rata-rata di antara peminat filem mengatakan 'mereka tidak berminat menonton filem ini sebab teaser trailernya tak best!!'. Jadi, persoalannya, pada siapakah yang perlu dipersalahkan?. Dalam perkara ini, teaser memainkan peranan yang amat penting. Apabila setiap saat teaser itu diputarkan, haruslah mengandungi babak menarik, barangkali lucu, seram, action, thriller, sedih dan sebagainya. Jika ia dibikin sekadar cukup syarat sebagai sebuah teaser tanpa ada rasa dan jiwa, maka filem itu akan menjadi sebuah filem tiada tarikan dan barangkali hanya ditonton sebilangan kecil penonton sahaja.

Tepuk dada tanya selera.





Catat Ulasan

0 Ulasan