KAYA SANGAT KE MALAYSIA.. NAK HAPUSKAN PTPTN?

KOLUM SABTU: SEKADAR CORETAN

Kalau dah tak mampu nak bayar PTPTN, janganlah pinjam. Dapat PTPTN ramai yang joli, ada yang beli handphone, ipad, shopping dan macam-macam. Bukan tak boleh, tapi biarlah berpada-pada. Masa aku student dulu, ramai kawan-kawan aku yg shopping tak ingat dunia, pas habis duit PTPTN mulalah bising. Kata Kerajaan bagi sikit pinjaman, tapi pernah tak korang fikir 'kalau kerajaan tak keluarkan dana seperti PTPTN.. apa akan terjadi?. Korang mampu sangat ke nk tanggung perbelanjaan korang kat Universiti?. Kalau famili korang kaya, aku tak kisah lah.. tapi bagaimana dengan anak-anak kampung yang nak belajar tapi tak ada duit!.

Bila korang dah kerja ada sedikit pendapatan, bayar lah sikit-sikit duit pinjaman PTPTN. Ada yang tak nak bayar langsung dan mulalah buat macam jenis perangai. Yang paling hangat ketika ini ialah 'pihak pembangkang tak habis-habis mintak kerajaan mansuhkan pinjaman PTPTN. Kaya sangat ke Malaysia nie?. Ada yang mintak supaya kerajaan bagi pendidikan percuma. Kalau macam tu.. nak ke korang yang jadi cikgu kat sekolah, professor kat universiti dan kolej tak 'di bayar gaji?'.. ye lah kalau semua percuma. Celah mana kerajaan nak cari duit bayar semua tue.

Tak payah korang nak kaitkan perjalanan Perdana Menteri keluar negara lah, dalam negaralah.. perbelanjaan itu ini lah. Kalau PM tak pergi sana sini, duduk kat rumah je, korang kata pemalas. Aku pun tak faham apa yang korang nak sebenarnya..

Oh ya biaselah dah nak dekat Pilihanraya nie.. macam-macam isu akan timbul. Berbalik kepada isu PTPTN ni, apa yang nak aku cakap ialah 'Kerajaan terpaksa tanggung RM 43 BILLION jika pinjaman PTPTN dimansuhkan'.

Okay?. Kalau korang tak mau bayar PTPTN, lain kali jangan buat pinjaman. Tak payah nak timbulkan isu itu dan isu ini. wokay?

Chow! dulu beb!

Catat Ulasan

2 Ulasan

vendoline berkata…
untung la klau ptptn batal...lega pada sapa yang pinjam..but itu alah satu sumber pend[tn negara
Tanpa Nama berkata…
Sape suh kerajaan xpantau pinjaman ptptn. Kwn ako anak tunggal ayah kerja sendiri, selamba badak je leh dpt full loan. Org yg bising sbb pinjaman sikit, sbb yg memerlukan xdpt pon loan penuh. Hutang je gempak, beli buku pon x lepas..