TIADA ARAHAN KHUSUS PENGHARAMAN ELEMEN HOMOSEKSUAL DAN TRANSEKSUAL DI KACA TV

Sebelum ini, Jabatan Penerangan Malaysia melalui laman facebooknya, mengatakan Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK) mengharamkan segala bentuk penyiaran di kaca televisyen yang mengandungi elemen pondan, gay, lelaki lembut, transeksual, dan biseksual. Kenyataan ini menimbulkan pelbagai spekulasi di facebook, twitter dan laman sosial yang lain, mengandaikan kerajaan begitu komited berhubung isu homoseks secara khususnya.

Pandangan sedemikian mendapat reaksi positif dari Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim. Dalam satu kenyataan akhbar yang dibuat, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, menafikan bahawa 'tiada pengharaman khusus berhubung adegan atau karektor yang mengandungi elemen gay, pondan, lelaki lembut dan sebagainya. Kementerian melalui KPKK tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung isu tersebut, sekaligus membidas beberapa artikel yang dikeluarkan sebelum ini termasuk laman mstar online ( kenyataan artikel telah dikeluarkan sebaik sahaja artikel ini ditulis).

Walaubagaimanapun, kementerian masih mempunyai hak untuk memastikan tiada program yang melampaui batas disiarkan di mana-mana stesen tv yang ada. Akibat dari salah faham yang tercetus, pengendali laman facebook tersebut telah mengeluarkan permohonan maaf yang telah disiarkan di malaysiakini untuk rujukan anda.

Namun, apa yang pasti 'kandungan siaran walaupun mengandungi elemen gay, lelaki lembut, pondan dan sebagainya, wajar dilihat isi ceritanya, bukan membabi-buta mengharamkannya. Seandainya ia menjadi begitu relevan, apakah kandungan siaran lain yang bukan ada unsur sebegitu 'juga dibiarkan bermaharajalela, sedangkan cerita lain lagi hebat teruknya dari kandungan seperti ini disiarkan (elemen gay, pondan, biseks dan sebagainya).

Justeru, apa yang diharapkan ialah tiada salah faham ditafsirkan berhubung isu ini. Harap maklum.

Catat Ulasan

0 Ulasan