YANG MANA SATU IDAMAN KALBU?


'Nona Asiah, Momo Latif, Julie Sudiro, Neng Yatimah, Datuk Maria Menado, M.Wari, pelakon Zaiton dan ramai lagi', akan berada di Kuala Lumpur, Malaysia pada 14hb hingga 18hb Julai 2012 sempena rakaman semula lagu-lagu klasik untuk dimuatkan dalam 'Angin Menderu', sebuah filem dokumentari arahan Hasnul Rahmat.

'Angin Menderu' yang bakal menghimpunkan lebih 20 bintang veteran klasik ; merupakan sebuah catatan peribadi seniman dan seniwati filem Cathay Keris, Shaw Brothers dan Studio Merdeka yang masih hidup. Penerbitan dokumentari ini bertujuan untuk mengangkat zaman kegemilangan seniman dan seniwati lama yang pernah bersinar di dalam dunia muzik dan filem tempatan suatu ketika dulu.

Menariknya, mereka akan merakamkan kembali lagu-lagu yang pernah mereka popularkan suatu ketika, yang kini diberi susunan muzik semula oleh komposer S.Atan. Sebagai imbas kembali, kami sajikan lagu-lagu yang pastinya mengimbas kembali memori anda.. Manakah satu di antara mereka idaman kalbu di hati anda?.

Nona Asiah

Nona Asiah

Datuk Maria Menado

Neng Yatimah

Momo Latif

M.Wari

Julie Sudiro

Kartina Dahari

amy's said: Antara bintang veteran klasik yang tak boleh menyanyi lagi (tidak sihat) ialah Kartina Dahari. Kalau tidak mesti bertambah meriah rakaman ini dengan lagu 'Angin Menderu'nya. Oh ya, kami akan updated berita terkini dari semasa ke semasa khususnya buat anda pembaca setia blog ini ye dan peminat lagu-lagu klasik.

Catat Ulasan

0 Ulasan