ANTARA COUPLE SEAT DAN INDUSTRI FILEM TEMPATAN..


Apa yang korang akan fikirkan sekiranya  pasangan lelaki dan perempuan duduk dalam satu seat di sebuah pawagam yang menayangkan sesebuah filem?. Bagaimana pula sekiranya pasangan itu sama jenis tidak kira lelaki - lelaki,  perempuan-perempuan. Mesti korang akan cakap 'euw!.. GAY!'.. Apa pun tanggapan korang, yang penting mereka seperti anda 'ingin menonton filem', tetapi dalam situasi yang cukup berbeza. Pasangan yang membeli 'seat gabungan' atau 'couple seat', antara mereka yang boleh di kategorikan sebagai 'pasangan sensasi', 'suami isteri', 'pasangan kontroversi' atau 'anak ikan' dan sebagainya. Cuba kita lihat apa yang 'golongan' ini lakukan ketika sesebuah filem mula ditayangkan di pawagam, dengan 'lampu' sedikit samar bagi memberi laluan kepada 'pembukaan' sesebuah karya yang diterjemahkan ke layar besar. 

Menonton filem dalam cahaya samar tidak ada salahnya. Cuma jika kita 'berniat melakukan maksiat' dalam pawagam boleh dikira berdosa besar. Tetapi sekiranya kita berniat sekadar 'mahu menonton filem', adakah ia boleh dilabelkan satu 'kesalahan jugak'?, memandangkan Kerajaan Negeri Kelantan langsung tidak membenarkan 'pawagam' dibina di negeri mereka. Mungkin ini satu alasan kenapa 'Astro First' wujud lalu menayangkan filem-filem yang berputar di pawagam terus ke peti televisyen anda!. Saya percaya, kita boleh duduk berbincang dengan pihak Kerajaan Negeri Kelantan yang dipimpin oleh PAS bagi membawa masuk filem ke sana sekaligus membina 'pawagam' di Kelantan!. Jangan mengatakan 'mereka' parti atau kerajaan yang tidak 'maju'!.

Saban minggu, hari dan bulan, kita boleh menyaksikan 'kebanjiran' filem-filem luar di pawagam tempatan. Kuasa tontonan di pawagam terletak di tangan pembeli, yakni 'penonton di pawagam'. Apabila sesebuah filem tidak 'laku' di pawagam, tetapi kadang ketika filem itu 'laris' di Astro First. Ini juga satu masalah yang acapkali membelenggu penerbit dan karyawan filem tempatan. Ingat, rezeki kita ditangan tuhan.. Usah menyalahkan mana-mana pihak sekiranya 'penonton' tidak mahu 'menonton karya kita'. Mungkin kita boleh fikirkan strategi bagaimana mahu menarik penonton ke pawagam, walaupun kita sudah ada Astro First, Internet, Torrent, Youtube, Astro dan sebagainya. 


Dalam kehausan industri filem kita yang saban ketika banyak kontroversi melanda. Namun harus kita ingatkan diri kita bahawa 'apa yang berlaku' itu bukan sekadar 'biasa' tetapi satu petanda bahawa kita kembali 'tenat dan kritikal'. Apabila filem tempatan berputar di pawagam tatkala waktu maghrib (ketika itu ramai mengambil wuduk untuk menunaikan solat maghrib).. Di manakah anda ketika itu?. Adakah berpeleseran di shopping complex atau pawagam bagi menunggu 'turn' tayangan sesebuah filem?. Jika waktu zaman aku sekolah dulu, jika lambat pulang ke rumah, pasti mak ayah aku akan bising. Kerana kata mereka 'waktu maghrib' banyak syaitan dan iblis berpeleseran. Tetapi jika panggung wayang penuh waktu maghrib ketika itu,  Adakah semua itu boleh dilabelkan 'syaitan cinema?'. Kalau tak mahu solat sekalipun, hormatilah waktu maghrib kerana waktu itu dalam kalendar islam, masuknya hari baru. Mana tahu anda di 'matikan' ketika itu dan tidak boleh lagi bernafas untuk hari-hari yang akan datang.

Berbalik pada persoalan 'couple seat' di pawagam, bagi saya. Itu hak anda. Tetapi bagi saya, kenapa 'perlu ada couple seat', sekiranya yang membeli seat itu bukan muhrim dan belum disatukan secara halal?. Kita tidak boleh melarang sesiapa jua untuk duduk di seat itu, namun beringatlah bahawa 'bersedia sebelum dipersoalkan'.. kerana apa jua yang kita lakukan di dunia ini akan diperhitungkan di akhirat kelak. Saya tidak sesangat alim, tetapi sekadar beringat sesama manusia dan sesama muslim.

Tepuk dada Tanya Selera.
Wallahuallam.

Catat Ulasan

0 Ulasan