'SAYA MASIH MENYANYI KERANA ALLAH TAALA MASIH MENGIZINKAN SAYA MENYANYI' - SALAMIAH HASSAN


Setelah berkecimpung hampir 42 tahun dalam industri muzik tempatan, penyanyi genit bersuara emas, Salamiah Hassan bakal mengubat kerinduan para peminatnya menerusi Konsert Gelombang Salamiah Hassan yang bakal di adakan bermula 10 hingga 12 Januari 2014. Memilih Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur sebagai lokasi persembahan, Konsert yang akan diterbitkan produksi Akid Production itu merupakan konsert pertama Salamiah Hassan dalam industri hiburan dan muzik tempatan. 

Penerbit Kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman, selaku pemilik produksi Akid Production ketika ditemui semasa Sidang Media Pelancaran 'Konsert Gelombang Salamiah Hassan' di Double Tree Hilton, Kuala Lumpur petang tadi berpendapat bahawa ' konsert yang membabitkan penyanyi Salamiah Hassan itu merupakan impian dan cita-cita yang sekian lama terpendam di sudut hati penerbit sensasi itu. Apabila pertemuannya bersama Ketua Pengarah (KP) Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani atau mesra di panggil Abang Jo menemui jawapannya, maka perancangan untuk mengadakan konsert ini telah dilakukan'. 

Akan dibahagikan kepada beberapa segmen, Konsert Gelombang Salamiah Hassan bakal menampilkan Atilia sebagai penyanyi jemputan. Elemen klasik menjadi taruhan kepada pembikinan konsert yang boleh dilabelkan sebagai 'perjalanan empat dekad' Salamiah Hassan dalam dunia seni suara. Pernah menghasilkan 9 buah album EP, 4 album studio, 3 album runut bunyi dan satu album khas iaitu Bakat TV 1971, Salamiah Hassan bakal menerbitkan satu album baru yang akan dilancarkan pada 8 Januari 2014 semasa konsert tersebut. Album yang diberi tajuk 'AKU' merupakan sebuah album yang menghimpunkan lagu-lagu terbaiknya serta lagu-lagu  melayu klasik lama yang diberi nafas baru oleh penerbit dan pengarah muzik Aubrey Suwito. 
Selain dikenali sebagai artis rakaman, Salamiah Hassan juga merupakan penyanyi lagu-lagu iklan tv, atau jingles. Antara iklan tv yang menggunakan suaranya sebagai jingles ialah iklan nescaffe, Paddle Pop dan banyak lagi.  

Penggemar muzik melayu klasik dan peminat Salamiah Hassan, jangan lupa untuk menyaksikan Konsert Gelombang Salamiah Hassan bermula 10-12 Januari 2014. Untuk menempah secara online konsert ini, sila klik di sini


Trivia menarik semasa Majlis Pelancaran Konsert Gelombang Salamiah Hassan:-

* 'saya masih menyanyi kerana Allah S.W.T masih mengizinkan saya menyanyi' - Salamiah Hassan *
* 'Pat Ibrahim, dan Aubrey Suwito', merupakan key person dalam konsert ini. *
*Salamiah Hassan merupakan ibu kepada penyanyi cilk, Atilia *
* Penerbit Raja Azmi adalah individu terpenting dalam merealisasikan impian untuk mengadakan Konsert Gelombang Salamiah Hassan *
* Salamiah Hassan akan menyanyikan beberapa buah lagu popularnya dalam konsert tersebut  termasuk lagu-lagu melayu klasik lama. *
* Album terbaru Salamiah Hassan bertajuk AKU akan dilancarkan pada malam konsert tersebut iaitu pada malam khas 8hb Januari 2014 *
* Semasa tiga hari konsert tersebut, Salamiah Hassan akan membuat 'lelongan' barang-barang peribadinya buat peminatnya dengan harga yang cukup istimewa *


untuk menonton klip video asal , klik di sini

Catat Ulasan

0 Ulasan