'... kerana AKU adalah BINTANG..', tampilkan bintang-bintang FFM.

Sempena Festival Filem Malaysia ke 26, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) melalui Bahagian Pelaksanaan Produksi telah menjalani penggambaran sebuah promo khas ‘Tribute & Countdown To FFM26 ‘. Tribute khas yang menghimpunkan generasi lama hingga kini dalam dunia filem tempatan memilih Studio L.Krishnan, Finas Hulu Kelang sebagai lokasi penggambaran promo ini pada 9 dan 10 Ogos 2014.

‘Datin Sofea Jane, Fauziah Ahmad Daud, Noorkumalasari, Bront Palarae, Fimie Don, Liyana Jasmay, M.Subash, Ellie Suriaty Omar, Normah Damanhuri, Zahiril Adzim, Dain Said, Raja Mukhriz, Adman Salleh’,  dan ramai lagi antara bintang dan karyawan seni yang menjayakan tribute khas ini.



Bukan sebagai ingatan atau kenangan semata-mata, tribute khas yang dijayakan beberapa pelakon dan bintang FFM ini mempunyai pengisian yang agak menarik dalam menterjemahkan citarasa, pengalaman, kejayaan, harapan, dan impian dari kaca mata setiap anak seni yang hidup berpaksikan dunia filem dalam sebuah putaran masa yang tentunya akan dihargai, dikenang dan mungkin dijadikan sumber inspirasi buat generasi filem dan anak wayang yang lain.

Apa yang pasti, dengan kehadiran mereka yang pernah mewarnai dunia filem dengan pelbagai cabang dan skop kerja tentunya akan dinilai, dihargai dan diangkat sebagai ‘bintang yang bergemerlapan’, sejajar dengan hasrat FFM bagi membawa ‘transformasi Sinema Malaysia’ ke satu arah yang mungkin boleh dibanggakan dan tentunya  kerana Aku aalah Bintang..’ 
 
 

*Artikel ini telah diterbitkan di www.finas.gov.my

Catat Ulasan

0 Ulasan