FRAGMEN: LAKON SUARA BERSAMA DARLING NGASRI, 9.00 MALAM INI

Bagi anda yang membesar pada era 80-an, nama Darling, Anne dan Bell tidak asing lagi di dalam industri hiburan tempatan. Kemunculan mereka dalam dunia lakonan terutamanya rantaian beberapa drama kanak-kanak menjadikan pasangan adik-beradik ini berada dalam kelasnya yang tersendiri.

Darling Ngasri atau nama sebenarnya Nasreen Ngasri antara seni tempatan yang lahir dari bakat seni ibu dan ayahnya, Ngasri Sain dan Habibah Jaafar. Kredibiliti Darling sebagai pelopor seni suara dan lakonan terbukti menerusi pelbagai karya yang pernah diceburinya seawal tahun 1980-an. 

Figura hebat kelahiran Kuala Lumpur ini merupakan pelakon suara menerusi beberapa iklan komersial antaranya McDonald's, Nescafe, Garnier dan sebagainya. 

Ikuti temu bual khas Amy Ikram bersama Darling Ngasri yang akan disiarkan pada 24 Mei 2023,  jam 9.00 malam di saluran YouTube Finas Malaysia. Klik di sini

admin by wajib tonton

Catat Ulasan

0 Ulasan