ANDMESH KAMALENG DI KUALA LUMPUR 4 JUN INI.

Walaupun berbaki lagi 10 hari menjelangnya detik yang dinantikan, debaran Andmesh Kamaleng Live In Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung pada 4 Jun 2023 cukup terasa. Kehebatan anak seni kelahiran Nusa Tenggara Timur, Indonesia menerusi lagu 'Cinta Luar Biasa' ini, bakal mencetuskan fenomena di Plenary Hall, KLCC apabila syarikat Kharisma Music International membawakan Andmesh secara eksklusif bagi menghiburkan jutaan peminat di sini. 

Ketika ditemui semasa pelancaran konsert dan sidang media di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya, Andmesh, 26; cukup terharu dengan sambutan peminat di Malaysia. Konsert perdana yang julung kali dipersembahkan ini merupakan konsert solo pertamanya di Malaysia setelah 4 tahun mencipta nama di dalam industri muzik dan hiburan di Indonesia.

“Terima kasih kepada pengamal media Malaysia yang sudi hadir memberikan sokongan di sidang akhbar ini dan tidak sabar rasanya hendak menghiburkan kamu semua pada tanggal 4 Jun nanti. Ini merupakan konsert solo pertama saya di Malaysia dan sudah lama saya idamkan untuk membuat persembahan di sana,” jelas pemilik nama sebenar Jeandmesh Antonio Kamaleng, 25 tahun.

Manakala En. Ahmad Jeffny, selaku Ketua Pengarah Eksekutif & Pengasas Kharisma Music pula berkata, “Jutaan terima kasih ingin saya ucapkan kepada semua rakan media yang sudi hadir bagi memeriahkan sidang media Andmesh Kamaleng Live In Kuala Lumpur. Di sini saya juga ingin berterima kasih kepada rakan penganjur seperti Kamya, selaku rakan pengurusan HAPM , rakan radio rasmi, ERA & Gegar, dan juga The Curve & Royale Chulan  sebagai rakan sidang media. Jumpa nanti di konsert Andmesh dan sama-sama kita raikan cinta pada malam itu!”, ujar Ahmad Jeffny berharap konsert yang diadakan ini diterima baik dan mendapat sambutan mengalakkan.

Seperti yang direncanakan, Andmesh dan pemuzik dari Indonesia bakal hadir di Malaysia dalam sebuah konsert yang ditunggu-tunggu peminatnya di sini, katanya dengan teruja, “Sesungguhnya ini merupakan impian saya dari dahulu lagi untuk menghiburkan peminat di Malaysia, saya sudah persiapkan ‘team’ yang rapi agar semuanya berjalan dengan lancar.

“Seramai 6 orang pemuzik profesional dari Indonesia bakal mengiringi persembahan saya. Konsert yang bakal berlangsung selama 2 jam dengan kurang lebih 15 buah lagu yang dipersembahkan nanti merupakan persembahan istimewa saya buat peminat di sini', kata Andmesh lagi.

Konsert yang bertemakan cinta melalui muzik, lirik dan nada itu khabarnya kini dalam persiapan bagi memberikan kepuasan maksima buat penonton dan peminat muzik yang hadir.

Tambah Andmesh, "Setakat ini, segala persiapan menuju konsert sedang dijalankan dan team Andmesh akan memastikan setiap pengunjung konsert dapat merasai pengalaman muzik yang maksimal.

“Istimewanya pada konsert itu nanti, susunan muziknya juga akan mengalami perubahan khas untuk peminat di Malaysia, rugi bagi siapa tidak menghadirkan diri. Pastinya ada juga kejutan yang dipersembahkan nanti dan kalau hendak tahu kenalah beli tiket konsert nanti.

“Saya berharap agar pengunjung konsert terkesan dengan lagu-lagu yang saya persembahkan, merasakan cinta dengan karya-karya saya, dan pulang ke rumah dengan memori yang indah. Jangan lupa dengan janji kita pada Jun tahun ini, salam sayang dari Andmesh Kamaleng,” akhiri penyanyi tersebut dengan nada teruja dan pastinya akan meninggalkan sejuta kenangan buat mereka yang hadir memberikan sokongan.

Terkenal dengan rangkaian lagu-lagu berentak balada seperti Cinta Luar Biasa, Putus Tapi Cinta, Anugerah Terindah, Luka, Andaikan Kau Datang, Bisa Tanpamu dan banyak lagi, Andmesh Kamaleng Live In Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung 4 Jun nanti sudah boleh diperolehi tiketnya sejak 30 Mac lalu. Tiket kategori VVIP “Anugerah Terindah” sudah SOLD OUT! Tinggal sedikit sahaja lagi tiket kategori lain , cepat dapatkan di https://andmesh.ubertickets.asia/.

Amy Ikram by wajib tonton
Gambar: Ruffey Dean

Catat Ulasan

0 Ulasan