KONSERT SATU SUARA VOL. 3 TAMPILKAN KOLABORASI HEBAT TIGA SUARA

Selepas lapan tahun tidak muncul dengan siri konsert terbaharu yang pernah dianjurkan pada tahun 2015,  Penyanyi Nombor Satu Negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza kembali mewarnai industri muzik dan hiburan tanah air menerusi Konsert Satu Suara Vol. 3. Konsert yang bakal berlangsung pada 13 Mei depan menyaksikan kolaborasi mantap Siti bersama Jay Jay dan Ernie Zakri. 

Bakal diadakan di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur, Konsert Satu Suara Vol. 3 adalah rentetan konsert bersiri Satu Suara yang pernah dianjurkan pada tahun 2009 dan 2015. 

Ketika bercakap kepada media, Siti berkata konsert yang bakal berlangsung ini akan menggabungkan dua generasi muzik dari dua era berbeza iaitu 70-an dan kini. 

"Kali ini saya rasa mahu mengikut era yang mana artis-artis hebat ini muncul. Disebabkan itu saya mulakan dengan pemilihan artis 70-an. Masa itu lagu-lagu dari Kumpulan Carefree ini memang meletup. 

"Ernie pula sentiasa dalam fikiran saya, kalau digabungkan bersama dalam Satu Suara tentunya ia akan meninggalkan sejuta kenangan", ujar Dato' Sri Siti Nurhaliza optimis menantikan debaran konsert penuh makna itu.

Dalam pada itu, konsert yang dianjurkan ini juga merupakan satu usaha bagi mendapatkan dana dibawah Yayasan Nurjiwa yang dimiliki Siti bersama suaminya, Dato'  Sri Khalid Mohamad Jiwa. 

Ini merupakan kali keempat Yayasan Nurjiwa dengan SNP menjayakan persembahan amal selepas Konsert Satu Dato'  Siti Nurhaliza (2009), Dato' Siti Nurhaliza Live In KLCC: Where The Heart Is (2014), Music Of The Soul: An Evening With Dato' Sri Siti Nurhaliza (2022) dan terkini Konsert Satu Suara Vol. 3 (2023).

"Sebagai pengasas Yayasan Nurjiwa, saya berharap konsert ini dapat mengajak penonton serta peminat bersama-sama membuat kebaikan. Pengalaman sewaktu turun padang menyampaikan misi bantuan menimbulkan kesedaran bahawa Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan masyarakat boleh melakukan kerja kemasyarakatan secara bersama. 

"Orang ramai yang membeli tiket konsert ini secara langsung membantu kerja-kerja amal kerana keseluruhan jualan tiket disalurkan kepada Yayasan Nurjiwa", ujar pelantun lagu Jerat Percintaan itu.

Menariknya, konsert yang bakal menyaksikan gabungan 3 nama hebat itu juga menawarkan hadiah cabutan bertuah bagi memenangi Pakej Umrah dan tiket penerbangan ke Arab Saudi . 

Tiket-tiket berharga RM288, RM388, RM488 dan RM588 boleh dibeli di sini

Amy Ikram by wajib tonton

Catat Ulasan

0 Ulasan