PERMULAAN BAHARU SHUIB & WATIE


ASTRO mempersembahkan rancangan siri mini terbaharu yang memaparkan detik-detik manis dua bakal mempelai yang akan disatukan dalam ‘Walimatulurus Shuib & Watie’. Program istimewa ini akan menemui para penonton pada 24 Jun ini di Astro Ria

Walimatulurus Shuib & Watie’ akan menunjukkan perjalanan pelawak dan pengacara popular, Shuib bersama pasangan pilihannya, Watie sebelum meniti hari bahagia mereka termasuk klip-klip belakang tabir persiapan pertunangan dan perkahwinan mereka. 


Walimatulurus Shuib & Watie’ mempunyai tiga episod istimewa yang akan bermula dengan pertemuan di antara dua keluarga buat pertama kalinya. Episod pertama ini turut akan menunjukkan majlis pertunangan mereka yang telah berlangsung pada awal Mei tahun ini. Manakala episod dua akan memaparkan persiapan perkahwinan mereka serta temu bual eksklusif bersama Shuib, Watie, ahli keluarga mereka, sahabat handai dan rakan-rakan artis industri hiburan tentang pasangan romantis ini. Episod tiga pula menyajikan momen-momen indah pembinaan mahligai perkahwinan bersama termasuk mengadakan majlis Khatam Al-Quran dan malam berinai di rumah keluarga pasangannya, Watie yang dihadiri tetamu-tetamu khasseperti Ustazah Sharifah Qhasif, Ustaz Tarmizi dan ramai lagi.


 Astro turut akan menyiarkan kelangsungan majlis pernikahan mereka secara langsung yang merupakan antara eksklusiviti siaran walimatulurus pasangan popular ini. “Kami rasa teruja kerana menjadi penyiar rasmi untuk majlis perkahwinan di antara Shuib & Watie. Astro sentiasa komited dalam memberikan hiburan terbaik dan kami merasakan perkahwinan di antara Shuib & Watie merupakan antara perkahwinan yang dinanti-nantikan oleh peminat dan penonton”, ulas Idlan Zahari, Pengurus Saluran Astro Ria. “Pihak kami bakal memberikan pelbagai sisi romantik mempelai ini dan kami berharap agar para penonton turut terhibur dengan percintaan mereka serta mengimbau kembali momen-momen manis sehingga mereka disatukan Pihak Astro ingin mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baharu kepada Shuib & Watie”, sambung Idlan.


Detik bersejarah penyatuan Shuib & Watie bakal dikekalkan menerusi paparan tiga buah episod istimewa dalam rancangan ‘Walimatulurus Shuib & Watie’ yang akan ditayangkan secara eksklusif bermula 24 Jun 2023, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria. Majlis perkahwinan Shuib & Watie turut akan disiarkan secara langsung menerusi platform Gempak pada pukul 8.30 malam, 23 Jun 2023 ini. Para penonton turut boleh strim rancangan ini melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Sheila Kyuchang by Wajib Tonton

 

Catat Ulasan

0 Ulasan