RAJINIKANTH BERTEMU ANWAR


Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan pelakon terkemuka India, Rajinikanth.

Menerusi perkongsian di Facebook Anwar, pertemuan dengan Rajinikanth itu berlangsung di pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Anwar berkata beliau menghargai penghormatan yang diberikan oleh Rajinikanth terhadap perjuangannya, terutama berkaitan isu kesengsaraan dan penderitaan rakyat.

“Antara yang dibincang secara santai pastinya berkaitan elemen kemasyarakatan yang saya perjuangkan untuk dimasukkan dalam filem-filem beliau kelak,” kata Anwar.

Rajnikanth mula menceburi bidang lakonan pada tahun 1973 dan antara filem lakonan beliau termasuklah ‘Sivaji: The Boss’.

Bernama

Catat Ulasan

0 Ulasan