DIINSPIRASIKAN DARI CERITA KOREA DAN THAILAND, MAR RAK DI PAWAGAM 2 NOVEMBER DEPAN

Walaupun hanya dikenali sebagai seorang pelakon, Dato' T.S Jeffry tidak menolak kemungkinan bahawa filem Mar Rak yang bakal menjengah pawagam tempatan bermula 2 November depan sebagai sebuah filem seram yang diinspirasikan dari cerita Korea dan Thailand. 

T.S Jeffry yang terkenal dengan watak antagonis dalam beberapa buah filem tempatan sekitar tahun 1990-an seperti Femina (1994), Maria Mariana (1996), dan Polis Evo (2015) bakal mencipta satu lagi sejarah apabila Mar Rak yang merupakan filem kedua arahannya selepas filem Hantu Bukit Cina (2014) itu dilancarkan lagu tema bertajuk 'Seru Cinta'. 

'Seru Cinta' yang merupakan judul lagu tema bagi 'Mar Rak' itu menampilkan gandingan 4 bintang muda terbaharu iaitu Kael, Shatirah Amanda, Nina KSC dan Dyvianna.  Diterbitkan  produksi Pentas Wayang Production, Mar Rak merupakan sebuah kisah cinta yang sarat dengan elemen seni dan budaya menerusi Menora merupakan seni tari masyarakat Kelantan yang semakin dilupakan. 

Ketika ditemui media semasa pelancaran lagu tema filem Mar Rak di TGV Pavillion Bukit Jalil baru-baru ini, Dato' T.S Jeffry yang merupakan pengarah filem tersebut berharap naskhah seram terbaharu arahannya itu dapat diterima baik penonton dan penggemar filem seram tanah air. 

"Ia berkisah tentang kisah cinta, Mar Rak mengenengahkan elemen tradisi menerusi Menora yang menjadi seni tari dan warisan masyarakat di Kelantan. Menerusinya, saya percaya peminat filem yang menggemari kisah-kisah sebegini wajar penonton Mar Rak", katanya.

Menyasarkan kutipan RM10 juta dengan tagline "Cinta perlu pengorbanan nyawa", Mar Rak dibintangi Kael, Shatirah Amanda, Nina KSC, Dyvianna, Dalip Singh, Erry Putra, Yank Kassim dan ramai lagi itu merupakan sebuah filem terbitan Pentas Wayang Production Sdn.Bhd bersama Metrowealth Pictures yang menerima Dana Kandungan Digital (DKD) FINAS yang akan menemui penonton dan peminat filem bermula 2 November 2023.

Catat Ulasan

0 Ulasan