'TAKKAN SEMUA SAYA NAK!' - SHARUL AIMY

Muhammad Sharul Aimy Kamarul mempunyai dua persimpangan jika dia tidak lagi menjadi atlet gimnastik artistik negara–menjadi jurulatih atau terjun ke bidang seni.

Walaupun bidangnya berbeza, anak jati Terengganu itu mengakui menerima tawaran yang banyak dalam bidang lakonan.

“Buat masa sekarang, lakonan juga saya banyak terima tawaran, namun tidak semua boleh saya sapu.

“Asalkan tak kacau jadual latihan, saya OK sahaja. 

"Saya hanya akan ambil job (kerja) hujung minggu atau waktu malam kalau ada masa terluang,” dia dipetik sebagai berkata oleh Kosmo!.

Sharul, 22, bagaimanapun sedang berada dalam prestasi yang tinggi dalam gimnastik artistik, selepas menggondol gangsa bagi acara  melombol lelaki pada Sukan Asia Hangzhou baru-baru ini, menamatkan penantian 17 tahun negara.

Sharul akan menyertai empat kejohanan Piala Dunia Gimnastik Artistik berturut-turut iaitu di Mesir, Jerman, Qatar dan Azerbaijan bermula Januari hingga Mac depan bagi memburu slot ke Olimpik Paris 2024.

Pernah menjadi penampilan istimewa dalam drama Journal Sa-haeyo terbitan syarikat penstriman Viu, Sharul bagaimanapun mengakui masih bergelut dalam bidang lakonan.

“Sukar buat saya. Contohnya masa dalam drama Viu itu, babak saya sikit sahaja tapi ambil masa dua hari untuk dilakukan,” katanya.

“Saya tak boleh bayangkan saya terjun ke dalam bidang seni sepenuh masa tapi siapa tahu kan, kerana kita manusia hanya mampu merancang yang tentukan Allah SWT,” ujarnya.

sumber: Kosmo & Malaysia KinI

Catat Ulasan

0 Ulasan