INCUBUS BAKAL TAWAN MALAYSIA APRIL 2024

 

Tahun 2024 bakal menjadi tahun penuh nostalgik bagi peminat setia rock di era '90-an dengan kembalinya Incubus ke Malaysia untuk ‘Asia Tour 2024’ di Mega Star Arena KL pada 27 April 2024 yang dianjurkan oleh Hitman Solutions.

Ditubuhkan pada tahun 1991, persahabatan mereka sejak di sekolah menengah ini telah mengukir warisan mereka dalam dunia muzik dengan mempamerkan kebolehannya dalam mencampurkan pelbagai genre seperti metal, funk, dan hip-hop dengan lancar.


Kini, Incubus dikenali sebagai kumpulan antarabangsa yang mencapai kejayaan luar biasa dengan lebih dari 23 juta album terjual di seluruh dunia, dianugerahkan pengiktirafan multi-platinum dan platinum accolades. Sokongan peminat setia yang mengikuti band ini lebih dua dekad merindui untuk melihat band ini beraksi semula di atas pentas “konsert” menjadi faktor utama untuk mereka kembali mengadakan konsert jelajah pada tahun 2024.


Hitman Solutions bakal membawa Incubus ke Kuala Lumpur untuk terus menawan hati penonton global. Hitman Solutions sentiasa ingin memberikan pengalaman hiburan seni yang terbaik terutamanya terhadap peminat muzik ‘rock’ tempatan dan antarabangsa. 
Encik Rohit Rampal, CEO & Pengasas Hitman Solutions, berkongsi, "Sebagai peminat rock sendiri, saya sangat teruja untuk mengumumkan usaha konsert ini dengan salah sebuah kumpulan rock antarabangsa yang paling berjaya sepanjang zaman iaitu Incubus, untuk persembahan mereka di Malaysia dalam jelajah Asia 2024.


Permintaan untuk mereka kembali ke Malaysia begitu ketara, terutamanya ketika kami melihat keterujaan terhadap konsert ini di negara-negara jiran. Oleh itu, kami bertungkus lumus demi memuaskan hati peminat 'rock' tempatan dengan membawakan mereka untuk menyanyi bersama beberapa lagu klasik seperti 'Drive', 'Wish You Were Here', dan kegemaran peribadi saya, 'Pardon Me'.

Pada masa yang akan datang, nikmatilah lagu-lagu hebat Incubus dalam kereta anda atau bila-bila masa melalui Fly FM dan Hot FM, Rakan Radio Rasmi kami.”
Jualan tiket konsert 'Incubus Asia Tour 2024' akan bermula pada 7 Disember 2024 pada pukul 12 tengah hari. Ia dibahagikan kepada 3 zon utama, CAT 1 - VIP Seating (RM299), CAT 2 - Normal Seating (RM249), Rockzone - Free Standing (RM249) di www.hitmanlive.com. 



Catat Ulasan

0 Ulasan