Kekuatan sajian famili menjadi nadi Astro sebagai Home of Kids, yakni destinasi hiburan keluarga terulung di Malaysia. Menjelang musim cuti sekolah ini, Astro bakal menyajikan pelbagai jenis kandungan, baik tempatan mahupun antarabangsa sebagai tatapan untuk seisi keluarga.
Malah kekuatan kandungan tempatan menjadi pertaruhan utama sempena musim cuti sekolah ini. Francais baharu yang bertajuk ‘Hikayat’ bakal menyajikan pelbagai cerita rakyat dan kisah dongeng klasik Asia, dan akan membuka tirai dengan kisah ‘Hikayat Pak Belalang’ mulai 11 Disember menerusi Astro Ceria pada jam 9 malam. Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel. Mengisahkan Belalang dan ayahnya, Pak Belalang yang berhadapan dengan pelbagai masalah apabila dirinya menyamar menjadi seorang nujum. Hikayat Pak Belalang diterbitkan oleh Zeel Production dan menampilkan kombinasi pelakon-pelakon hebat seperti Bell Ngasri sebagai Pak Belalang, adik Haziq Asyraf sebagai Belalang, Dato’ Jalaluddin Hassan, Amy Mastura, Ruhainies, Mikael Noah, Usop Wilcha serta Fadhli Masoot. Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.
Francais Hikayat diikuti dengan ‘Hikayat Bawang Merah Bawang Putih’ yang bakal membariskan Mira Filzah dan Syafiq Kyle dan diarahkan oleh Datuk Yusry Abdul Halim. Siri ini bakal memulakan produksi pada awal tahun 2024. Lagu ‘Magis’ yang dinyanyikan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza merupakan OST rasmi ‘Hikayat’.
Selain daripada kisah-kisah dongeng, Astro Ceria turut mempersembahkan siri aksi bersesuaian dengan golongan muda, ‘The Cadets’ yang dibintangi Mierul Aiman, Hawa Rizwana, Fimie Don, Adlin Aman Ramlie, Jazmy Juma dan Bella Dowanna. ‘The Cadets’ menggunakan khidmat Infinitus Gold, studio di sebalik kejayaan ‘Sangkar’ untuk memastikan siri ini padat dengan aksi yang hebat. Siri ini mengisahkan perjuangan empat sekawan kadet bomba yang menghadapi pelbagai cabaran mental dan fizikal. ‘The Cadets’ bakal bersiaran pada 27 Disember setiap hari Rabu, jam 9 malam. Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.
Manakala siri animasi baharu di Astro Ceria, ‘Makania’ iaitu hasil karya terbaharu Warnakala Studios yang telah menghasilkan ‘Didi and Friends The Movie’, merupakan kulinari fantasi yang mengisahkan Naz bersama bapanya menyertai sebuah pertandingan masakan, Makania's Next Top Chef (ManTOP). Namun indah khabar dari rupa di sebalik pertandingan ini. Animasi ini turut memaparkan enam buah lagu baharu sebagai runut bunyi termasuk ‘My Way’ (dicipta oleh DJ Uno, JD Wong, Nazrin Mohd Nasir dan Daly), yang mencecah lebih 700 ribu tontonan menerusi YouTube, ‘Appa Fantastik’ (dicipta oleh DJ Uno, JD Wong, Nazrin Mohd Nasir dan Daly), Cook Together (dicipta oleh DJ Fuzz dan Aziquebeats), ‘Kita Berjuang’ (dicipta oleh Modescape), ‘Bongkar Rahsia’ (dicipta oleh oleh Yuri Wong) dan lagu tema ‘Makania’ (dicipta oleh Duan). ‘Makania’ bakal menemui para penonton setiap hari Jumaat pada jam 3 petang mulai 8 Disember. Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.
Menurut Naib Presiden Bahagian GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin, “Dalam meneruskan status kami sebagai Home of Kids, Astro amat menitikberatkan kualiti penceritaan dan penerbitan yang padat dengan nilai-nilai positif serta bersesuaian dengan golongan sasaran kami yakni kanak-kanak dan remaja. Malah kandungan-kandungan kami sesuai sebagai tontonan seisi keluarga.”
“Kami amat berbesar hati apabila nama-nama besar industri hiburan tempatan sudi terlibat dalam rancangan-rancangan terbaharu untuk tontonan keluarga. Pelakon-pelakon hebat seperi Bell Ngasri, Dato’ Jalaluddin, Adlin Aman Ramlie, Mira Filzah, Amy Mastura, Syafiq Kyle, Ruhainies serta personaliti-personaliti yang diminati golongan muda sekarang seperti Mierul Aiman, Hawa Rizwana, Fimie Don, Haziq Asyraf dan Bella Dowanna turut terlibat dalam siri-siri terbaharu kami.
“Harapan kami agar rakyat Malaysia terus menyokong cerita tempatan, bakat tempatan dan terus mengamalkan nilai-nilai murni tempatan.”
“Sajian antarabangsa kanak-kanak menguatkan lagi posisi kami dengan seleksi animasi ‘LEGO DC Super Heroes: Aquaman: Rage of Atlantis’, ‘Baby Shark's Big Show!’ serta rancangan anugerah popular ‘Kids Choice Awards Abu Dhabi’. Kami berharap agar golongan muda dari segenap lapisan umur serta keluarga akan terhibur ketika beriadah mahupun bercuti pada bulan Disember ini," katanya.
Sebagai Home of Kids, Astro telah memperkenalkan mod Kids Friendly Profile. Ciri ini tersedia di Astro Ultra dan Ulti Box, Astro GO dan aplikasi Multiroom Smart TV. Kids Friendly Profile hanya boleh mengakses rancangan yang bersesuaian dengan kanak-kanak termasuk kandungan eksklusif On Demand, saluran-saluran linear, rakaman rancangan dan hasil pencarian. Ternyata ciri ini membantu ibu bapa dalam menyelia setiap kandungan yang ditonton oleh anak-anak adalah selamat dan sesuai.
Ceriakan cuti sekolah ini dengan pelbagai seleksi hiburan keluarga dan kanak-kanak di Astro Ceria and saluran-saluran kanak-kanak di Astro mahupun menerusi On Demand dan Astro GO. ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Raikan saat-saat bersama keluarga dengan Astro Baharu. Strim kesemua hiburan keluarga secara On Demand bila-bila masa dengan Astro Ultra Box. Dapatkan Pek Primary daripada hanya RM41.99 sebulan dengan tawaran terhad langganan auto-debit untuk menikmati rancangan hiburan paling popular untuk seisi keluarga.
0 Ulasan