#TMSMY4 - CILI PADI KURANG 'PEDAS', PUNCA TERSINGKIR DI THE MASKED SINGER MALAYSIA 4 EP 2

 


Antara kelainan yang ada pada musim baru The Masked Singer Malaysia tahun yang ke-4 ini adalah, pada musim ini, ada gandingan dua maskot iaitu Cili Padi. Apabila diumumkan yang tahun ini, Masked Singer Malaysia musim ke-4 akan menyaksikan buat pertama kalinya dua maskot sekaligus. Cili Hijau dan Cili Merah. Jadi siapakah disebalik pasangan Cili ini? Ramai yang mula berteka-teki, sama ada mereka adalah pasangan suami isteri atau pasangan adik beradik, ayah dan anak dan macam-macam lagi andaian. 


Pada malam Ahad, 23 Disember 2023 yang lalu, 13 Maskot berentap untuk mempertahankan kedudukkan di dalam rancangan paling sensasi Malaysia, TMSMY4, Namun begitu, disebabkan urusan peribadi, salah seorang daripada Juri TMSMY4 iaitu Erra Fazira tidak dapat hadir. Walaubagaimapun, kerusi Juri Erra diganti dengan kehadiran Juri Jemputan yang pada mulanya memakai topeng beruang untuk menyembunyikan identitinya. Kemudian apabila diminta untuk membuka topeng mukanya, suasana di CIDB, Cheras menjadi hangat apabila mengetahui yang disebalik topeng itu adalah pelakon, model, penyanyi terkenal iaitu Fattah Amin. Fattah yang hadir juga untuk mempromosikan telemovie terbarunya "Latah Fighter" terbitan Fazura Pictures yang bakal ditayangkan di Astro Warna 30 Disember 2023. 


Minggu ke 2 TMSMY4 ini dimulakan dengan persembahan dari Duo Cili Padi dengan lagu Pening  nyanyian asal Datuk M.Daud Kilau dan juga Ezlynn. Klu yang diberikan oleh pihak produksi menampakkan mereka berdua mempunyai pertalian. Si Cili Hijau dikatakan pernah jatuh dan kini telah bangkit semula, mereka berdua sedang bersedia di acara lumba lari. menunjukkan persaingan antara mereka berdua. Ia juga boleh dikaitkan dengan persaingan pasangan di dalam program realiti dan kerana itu boleh dikatakan pasangan suami isteri dari Akademi Fantasia Khai dan juga Rosma. 


Untuk Episod ke 2 ini, pada pendapat saya, persembahan Roti John memang memukau untuk keseluruhan malam itu. Roti John yang mendapat markah tertinggi iaitu sebanyak 74.71% dengan nyanyian lagu dari Michael buble bertajuk 'Feeling Good'. Ramai yang mengatakan Roti John adalah seorang pelakon muda popular tapi buat masa ini, mari kita sama-sama teruskan meneka. persembahan Bunga Matahari tidak kurang juga hebatnya, menyanyikan lagu Trauma dari kumpulan Elite dan mendapat markah kedua untuk minggu ini. markah sebanyak 74.57% melayakkan Bunga Matahari untuk terus berada di dalam pertandingan The Masked Singer Malaysia musim ke 4 ini, ramai yang meneka Bunga Matahari adalah seorang penyanyi professional ada juga yang meneka Bunga Matahari adalah seorang penyanyi hebat yang berasal dari sebuah program realiti TV, ada juga yang meneka Bunga Matahari adalah salah seorang sahabat baik Sherry Al-hadad selaku juri. 


Selain dari persembahan memukau dari dua peserta itu, Maskot-maskot yang juga tidak kurang hebatnya. Mat Helang mencabar diri dengan menyanyikan lagu test drive dari Firdaus Rahmat, runut bunyi dari siri popular Projek High Council. Musang dengan lagu Bunga Angkasa mendapat tempat keempat dengan markah sebanyak 72.09%. Ikan Emas pula berada di kedudukan selesa di tempat kelima dengan lagu yang sedang hangat masa kini iaitu Malam Pagi dari Saixse. Sang Kancil turun dari tempat pertama di minggu pertama kini di tempat ke-6 setelah Sang Kancil Menyanyikan lagu yang berkonsepkan "world music" iaitu Nour El Ein dari Amr Diab. Namun markah Sang Kancil tidaklah terlalu teruk iaitu 71.02%. Selain mereka yang masih bertancing ialah Abang Jagung, Bawang Putih, Teratai, Biskut Aiskrim, Pompom Kin dan Putera Katak yang mendudukki antara tiga terendah. Adakah Putera Katak juga bakal tersingkir? Sama - sama kita nantikan. 


Maskot duo pertama dalam The Masked Singer Malaysia, Cili Padi menjadi peserta seterusnya yang meninggalkan rancangan musim ke-4 ini pada minggu kedua dengan markah keseluruhan terendah iaitu 59.44%. Mempersembahkan lagu , peserta disebalik maskot ini merupakan adik-beradik Amira Othman Irfan Haris. Kesemua tekaan para juri tidak tepat termasuk Fattah Amin yang hadir sebagai juri jemputan buat minggu kedua. Selain itu, maskot Roti John berjaya meraih tempat pertama dengan markah keseluruhan tertinggi iaitu 74.71%. Saksikan episod baharu The Masked Singer Malaysia Musim ke-4 pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam secara langsung di Astro Warna (Saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO.


Catat Ulasan

0 Ulasan