SITI SALEHA, NADIYA NISAA DAN NADIA AQILAH BEREBUT RUANG OFIS

Sewa ruang pejabat sudah menjadi norma baharu bagi kebanyakan individu yang bekerja sendiri ataupun usahawan yang menjalankan bisnes sendiri. Nampak mudah dan menyenangkan tetapi ia tetap memberikan cabaran besar kepada tiga wanita yang ingin membina kerjaya atas usaha sendiri. Bagaimanakah mereka menangani pelbagai dugaan dan halangan yang datang menguji?



Terbaharu, Tonton Original Series: SeOfis menyaksikan pertembungan tiga personaliti wanita berkerjaya di usia 30-an yang akhirnya membentuk satu ikatan persahabatan bagi mengharungi suka duka, cita-cita dan cinta di ibu kota. Drama bersiri 12 episod ini dapat strim mulai 18 Januari 2024 di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton. 



Tonton Original Series: SeOfis diterbitkan oleh Parallax Pictures dan diarahkan oleh Faizul Jais dengan nukilan skrip oleh Nadia Khan dan Mamu Vies. Menampilkan barisan pelakon handalan Malaysia seperti Siti Saleha, Nadiya Nisaa, Nadia Aqilah, Fahrin Ahmad, Hafizul Kamal, Munir Kharuddin, Akmal Azwar, Syahir Shafien, Ikhwan Lein, Anas Ridzuan, Malia, Kimberly Chuah, Aeril Izz, Hafidzuddin Fazil dan ramai lagi. 



Samirah atau Sam (Siti Saleha) ialah seorang pereka hiasan dalaman yang bercita-cita tinggi untuk tersenarai di dalam senarai Forbes 40 Under 40. Oleh itu, Sam sentiasa melakukan yang terbaik untuk mencapai hasrat tersebut. Muhaini atau Aini (Nadiya Nisaa) ialah seorang usahawan yang baru saja memulakan perniagaan menjual hasil kerja kayu ayahnya iaitu perabot yang dibuat sendiri. Aini memperkenalkan Yana kepada Sam. Liyana atau Yana (Nadia Aqilah) ialah seorang ejen hartanah yang berpengalaman, berwawasan dan sentiasa mengikuti trend semasa.  


Permulaan yang agak sukar bagi tiga wanita yang berbeza personaliti untuk bekerja di ruang kerja yang sama. Aini cepat terpengaruh dengan personaliti Sam yang sangat lantang tetapi Yana menyimpan rasa curiga terhadap Sam.



Selain berhadapan dengan pelbagai kerenah klien, trio ini tidak melupakan cita-cita yang perlu dicapai. Sam inginkan satu pengiktirafan dan mengimpikan untuk memenangi sebuah anugerah. Aini impikan calon suami yang menyamai figura ayahnya manakala Yana mahu mencapai sasaran duit simpanan sebelum usia bersara sebelum dia meneruskan cita-cita asalnya untuk bergelar seorang penyanyi! 

Apabila mereka bertiga sedar bahawa mereka mempunyai musuh yang sama iaitu Faris (Fahrin Ahmad), seorang arkitek yang sombong dan sanggup melakukan apa saja demi kejayaan sendiri. Jadi, Sam, Yana dan Aini telah bergabung untuk menjatuhkan Faris. Adakah pertemuan ini juga bakal membawakan ketegangan dalam soal cinta? 

Sidang media Tonton Original Series: SeOfis telah diadakan pada hari ini di WORQ KL Sentral  (www.worq.space) selaku penaja lokasi sidang media. Para hadirin juga dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh SUARA,  kumpulan penyanyi wanita yang sedang meningkat naik. 

Saksikan Tonton Original Series: SeOfis secara eksklusif di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton mulai 18 Januari 2024! Ikuti perkembangan terkini Tonton di media sosial menggunakan tanda pagar #Tonton. Untuk mendapatkan info terkini tentang rancangan kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, Tiktok, dan Instagram Tonton iaitu @tontonmy.



Catat Ulasan

0 Ulasan