VIRTUAL VIEWING WATCH PARTY GAMERS MANGKUK 'KECOH'

 

KECOH! GAMAT! Begitulah suasana yang dapat digambarkan semasa Virtual Viewing Watch Party Drama berisi Gamers Mangkuk. Selingan gelak tawa pengarah dan juga pelakon-pelakon membuatkan mereka yang hadir begitu terhibur. Minggu lepas berakhirlah episod akhir Gamers Mangkuk. Bagaimana Tam dan tim Gamers Mangkuk di perlawanan akhir mereka. adakah mereka berjaya untuk menjadi juara atau tidak? dan adakah Tam akan mengikut cakap Along untuk menyambung mengajarannya. 


Astro mengambil iniasiatif untuk meraikan episod akhir Gamers Mangkuk bersama peminat secara virtual dan juga meraikannya bersama para pelakon, pengarah, penulis skrip dan juga pihak media. Episod akhir ini ditayangkan di kesemua platform di bawah saluran Astro Gempak, iaitu di medium media sosial  Astro Gempak di YouTube, TikTok dan beberapa medium media sosial lagi. Diacarakan oleh Keanu Azman, figura yang baru sahaja pulang dari umrah, memang boleh dikatakan meriah dan penuh dengan soalan-soalan yang menarik. 


Antara pelakon Gamers Mangkuk yang hadir memeriahkan Virtual Viewing Watch Party yang diadakan secara tertutup di astro ialah , Amir Ahnaf, Josiah Hogan, Takim Zaki, Nadia Brian, Aloy Paradoks, Sara Mack Lubis dan Taufiq Izmir. Pengarahnya iaitu Hyrul Anuar dan penulis skrip Sham Hashim juga turut hadir untuk manyaksikan episod terakhir bersama-sama. 


Gamers Mangkuk yang bersiaran selama 8 episod ini, mengisahkan tentang 5 sekawan iaitu Tam, Napi, Lee, Maya dan Theeben yang gemar bermain permainan maya (e-sukan) ’Mobile Legends’. Mereka merancang untuk menyertai pertandingan Slayer Next Heroes. Berjayakah tim Gamers Mangkuk akhirnya? Adakah berlaku pengkhinatan antara Maya dan juga tim Gamers Mangkuk? Bolehkah Gamers Mangkuk menewaskan Slayer? Semuanya terungkai dan peminat serta penonton dapat menyaksikannya virtual dan secara langsung bersama pelakon. 


Menurut Amir Ahnaf, Beliau sangat berpuas hati dapat berlakon di bawah arahan Hyrul Anuar, baginya, Gamers Mangkuk bukan hanya tertumpu kepada esukan sahaja, tertapi juga ada banyak mesej positif yang tersirat. Bagi yang tidak dapat menyaksikan Virtual Viewing Watch Party ini tempoh hari, jangan risau anda masih boleh menyaksikannya di lawan dan aplikasi FACEBOOK, Instagram, YOUTube dan juga TIKTOK Astro Gempak. Atau anda juga boleh menontonnya di pautan di bawah ini. Enjoy. 

Catat Ulasan

0 Ulasan