#TMSMY4 - IKAN EMAS LEMAS DI MINGGU KE 4


Ikan Emas dah lemas? Itulah yang diperkatakan sewaktu Ikan Emas dibuka topengnya. Siapakah disebalik topeng misteri Ikan Emas? bawah ini ada jawapannya. Minggu ini di Masked Singer Malaysia musim ke 4 remblai kepada tema bebas setelah di minggu ke 3 temanya adalah runut bunyi filem. Jadi di minggu ini, semua peserta bebas untuk membuat apa apa sahaja persembahan.


Seperti biasa, penjurian di musim keempat ini mengambil kira undian daripada Juri Tetap sebanyak 80% dan juga undian daripada penonton sebanyak 20% untuk setiap minggu. Kerana itu juga, setiap maskot perlu mengambil hati juri dan juga hati penonton kerana apa juga yang dipersembahkan akan memberi kesan kepada markah mereka.


Untuk minggu keempat ini, seperti biasa, maskot favorit ramai Bunga Matahari mendapat markah tertinggi iaitu sebanyak 75.47 % meninggalkan maskot lain di bawah beliau. Bunga Matahari menyampaikan lagu Depresi nyanyian asal dari IamNeeta. Tekaan kami masih lagi terarah kepada penyanyi hebat dari Sabah. Apapun kita lihat nanti. 

Sang Kancil sekali lagi berada di kedudukan selesa di tempat ke 2 apabila menyanyikan lagu Mama Papa Larang dari Judika.  Dengan mendapat markah berjumlah 74.44% Sang Kancil pada pendapat kami menyampaikan lagu tugasan dengan sangat baik. Mungkin Sang Kancil merupakan seorang Juara dari Akademi Fantasia? 


Antara yang masih bertahan ialah Biskut Aiskrim yang menduduki tempat ke-3 dengan 71.96%, Seterusnya Musang 71.15%, Roti John dengan 70.26%, Bawang Putih yang menyanyikan lagu Gadis Melayu mendapat 69.89%, Teratai membawakan lagu Untuk Terakhir Kali dari Marsha Milan Londoh yang sungguh memukau tetapi belum cukup untuk memukau Juri memberikan beliau markah yang tinggi. Beliau hanya mendapat markah sebanyak 69.53%. Abang Jagung pula minggu ini semakin menunjukkan suara sebenar beliau dan kita semakin dapat meneka siapa disebalik topeng itu. 



Walaupun Mat Helang membuka persembahan minggu ke 4 ini dengan lagu cinta ku ke Euthopia nyanyi asal dari Ria Resty Fauzi tetapi makah Mat Helang agak bahaya minggu ini.  Rata - rata meneka Mat Helang adalah Black Hanifah dan juga Qody Rany. Namun, pada pendapat kami, kami masih berharap Mat Helang adalah seorang penyanyi dari sebuah band yang penuh dengan Drama!
 
Kemudian Pom pom kin menyanyikan lagu Tamparan Wanita dari kumpulan Elite. Dari klu-klu yang diberikan oleh pihak produksi masih belum mengesahkan siapa pompom kin namun Pom Pom Kin ini tidak mampu untuk berselindung disebalik suara beliau yang sungguh ikonik. Oleh itu, Pom Pom Kin masih kekal dalam tekaan kami yang disebalik topeng itu adalah Ratu Dangdut Malaysia.


Terdapat beberapa tekaan siapakah Ikan Emas sebelum ini. Namun begitu, Klu yang ada tidak banyak membantu untuk meneka siapa disebalik topeng itu. Tetapi selepas di minggu ke 4 ini, klu yang diberikan amatlah terang lagi bersuluh. Daiyan Trisya tidak menyangka akan kantoi dan berjaya diteka oleh kesemua Juri apabila mendapat markah paling rendah minggu itu iaitu hanya 61.47%. Pada Daiyan, beliau tersingkir kerana semua klu yang diberikan itu memang menjurus kepadanya. Buku, Guitar dan juga hadiah-hadiah yang selalu diterimanya. Semasa selepas persembahan Ikan Emas yang membawakan lagu "Sial" dari Mahalini, Sherry Al-Hadad meneka dengan tepat Daiyan Trisya berdasarkan klu tambahan yang diberikan di atas pentas. Kemudian, apabila Ikan Emas tersingkir, kesemua Juri sepakat menamakan Daiyan Trisya adalah figura disebalik Topeng Ikan Emas. Bak kata Dato Aznil, "Daiyan ibarat ikan yang ingin bersama dengan ikan - ikan yang lain. 



 

Catat Ulasan

0 Ulasan