"MAAF, SAYA TETAP DENGAN PENDIRIAN" - DATO' SRI SITI NURHALIZA


Walaupun baru dua jam mengumumkan penjualan tiket bagi konsert solo terbaharunya 'Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza' sejak dilancarkan menerusi platform rasmi Kl Ticketing pada 21 Disember lalu, Penyanyi Nombor Satu Negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza memaklumkan, tiada penambahan hari serta jualan tiket semula memandangkan ia sudah habis terjual sejak diumumkan.

Pelantun suara Jerat Percintaan dan Bintang HMI 1995 itu berkata beliau tetap dengan pendirian asal di mana pihaknya akan meneruskan konsert tersebut di Axiata Arena Bukit Jalil dengan kapasiti 10,000 orang kerana sebagai seorang penyanyi beragama islam, beliau tidak mahu konsert tersebut menganggu perjalanan Ramadan yang hampir tiba 10 Mac, memandangkan konsert tersebut dijadualkan berlangsung pada 9 Mac 2024.

Siti memaklumkan sebahagian dari jualan tiket konsert tersebut akan disumbangkan kepada Yayasan Nurjiwa bagi membantu umat islam di Palestin. Sementara itu, Judika juga tersenarai sebagai penyanyi jemputan dari Indonesia bagi konsert tersebut. 


"Jadi, saya berharap untuk konsert seterusnya peminat akan lebih bersedia dan teruja. Seterusnya, saya akan mempertimbangkan untuk menganjurkan konsert selama dua hari," katanya ketika berucap pada sidang media Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza di The Face Suites, di sini, hari ini. 

Bagaimanapun, Siti menyifatkan sambutan konsert anjuran Yayasan Nurjiwa dan dibawakan khas oleh Cuckoo itu adalah pencapaian luar biasa selepas hampir lima tahun tidak tampil dengan konsert solo di lokasi berkenaan. 

Catat Ulasan

0 Ulasan