AINA ABDUL BERSAMA MPO

Selepas menjuarai Anugerah Juara Lagu Ke-37 (2023)  menerusi lagu Terus Hidup dan Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu Ke-38 (2024) menerusi lagu Jangan Mati Rasa Itu,  Penyanyi Wanita berimej pelik, Aina Abdul bakal menggegarkan Dewan Filharmonik Petronas (DFP) KLCC melalui Aina Abdul Bersama MPO.

Konsert yang bakal berlangsung 10 dan 11 Mei 2024 itu bakal diiringi Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) di bawah pimpinan Ahmad Muriz Che Rose. 

 klik poster untuk membeli tiket

Aina yang bakal tampil dengan sesuatu yang baharu dan lebih segar itu khabarnya menjanjikan pengalaman yang mengujakan melalui gabungan lagu dan muzik dalam bentuk simfoni.

Aina Abdul Bersama MPO dipentaskan dua hari dengan jualan tiket bermula RM255 hingga RM555, di mana pada harga RM600 dan RM650 adalah tiket Meet & Greet. 

Wajib Tonton!.

Catat Ulasan

0 Ulasan