'LELAKI ITU' ANGKAT PELBAGAI KONFLIK KELUARGA

 


Hadir dengan plot dan jalan cerita yang berbeza dari Siri  Hangat 'Perempuan Itu' tahun lalu, Rumah Karya Citra kembali pada tahun ini dengan Lelaki Itu yang sarat dengan pelbagai konflik kekeluargaan. Bermula 19 Mac 2024 jam 10 malam, peminat drama bersiri slot Samarinda pastinya tidak sabar untuk menonton siri drama 30 episod yang membariskan pelakon-pelakon hebat dan popular tanah air ini. 


'Lelaki itu' menceritakan tentang kehidupan keluarga Syed Mirza. Apa akan terjadi apabila seorang suami tidak dapat menjadi khalifah di rumah sendiri. Hanya menjadi 'lelaki' di luar rumahnya. Syed Mirza lakonan Dato Adi Putra suami kepada Sharifah Qaidah lakonan Che Puan Sarimah Ibrahim yang merupakan seorang wanita kaya yang berpengaruh. Mereka berdua dikurniakan tiga anak perempua Baiyina, Batrisya dan Bahiya, Namun Kehidupan rumahtangga mereka tidak seperti yang diidamkan Sharifah Qaidah. Sharifah Qaidah berlagak sebagai ketua rumah tangga kerana statusnya dan ini membuatkan Syed Mirza berasa terkongkong. Dalam masa yang sama, Irsa Imani, lakonan Fazura. 


Menurut Eirma Fatima yang mencurahkan Idea Asalnya dalam Drama ini, "Ada banyak sebenarnya konflik yang ada di dalam drama ini yang mana mungkin ianya taboo dan orang tidak menyangka ianya berlaku secara realiti dan dalam tidak sedar masalah itu sebenarnya ada di luar sana". Eirma Fatima juga risau akan feedback yang akan diberikan penonton untuk drama ini. Tetapi sudah tentunya maklumbalas yang ada akan menjadi punca semangat untuknya terus berkarya. 

'Lelaki itu' bukan sahaja mengetengahkan konflik percintaan semata-mata malah lebih dari itu, menurut Fazura, ini adalah 'comeback' setelah 6 tahun tidak membintangi dan beliau memilih drama ini kerana mengagumi karya Eirma Fatima dan menyukai naskah lelaki itu membuatnya menerima watak Irsa Imani. Dato Adi Putra mengakui drama Lelaki itu memerlukannya untuk bermain dengan emosi. Beliau juga mendedikasikan naskah ini kepada arwah Ibunya yang meninggal dunia pada bulan September 2023. "Bila kita berganding bahu bersama, kerjasama dan usahama, bagi saya itulah yang menjadikan ianya satu mutu yang baik dan jangan hanya memikirkan sebagai seorang lelaki itu sahaja," katanya. 


Selain Dato Adi Putra, Fazura dan Che Puan Sarimah Ibrahim, Drama 'Lelaki Itu' juga dibarisi nama nama hebat seperti Nabila Huda, Hannah Delisha, Sophia Albarakbah, Aedy Ashraf, Fadlan Hazim, Nadia Brian, Dato' Sri Shah Rezza dan ramai lagi.  Jangan lupa untuk saksikan drama hebat ini sepanjang Ramadan ini bermula 19 Mac 2024, Isnin hingga Khamis jam 10 malam di TV3 dan Tonton. 

Ikuti juga perkembangan terkini Tonton di media sosial menggunakan tanda pagar #Tonton dan dapatkan info terkini tentang rancangan kegemaran anda. Layari laman sosial rasmi mereka di Facebook, X (Twitter), Tiktok dan Instagram iaitu di @tontonmy. Saksikan trailer rasmi 'Lelaki itu' di bawah ini. 




I

 


Catat Ulasan

0 Ulasan