KUGIRAN MASDO MAHUKAN SITI NURHALIZA?


Bukan terlalu berharap, tetapi sebagai penyanyi yang berada dalam lapangan seni yang sama, tentunya mengimpikan sesuatu yang mampu menjadi kenangan, mencipta legasi dan rekod cemerlang di dalam industri muzik dan hiburan tanah air.

Manakan tidak, Ali Sariah, yang mewakili  Kugiran Masdo ketika ditemui media semasa Pengumuman dan Pelancaran Festival Aku Muzik Kamu 2.0 di sebuah hotel terkemuka di ibu negara baru-baru ini menyifatkan Dato' Sri Siti Nurhaliza antara penyanyi idaman mereka untuk bekerjasama.

"Tentunya kami sangat berharap satu hari nanti Masdo dapat bekerjasama dengan penyanyi kesayangan ramai, Dato' Sri Siti Nurhaliza untuk menghasilkan sebuah lagu memandangkan Siti antara penyanyi idaman mereka sejak dari dahulu lagi.

"Ketika dimaklumkan Siti Nurhaliza ada meramalkan Masdo bakal menjuarai Juara Lagu Ke-38 pada 3 Mac lalu, kami tersentak dan terharu memandangkan Dato' Sri tahu kewujudan kami. Kami ini bukanlah popular sangat, tetapi harapan kami agar Dato' Sri dapat menerima pelawaan kami," katanya.


Kugiran Masdo merupakan kumpulan muzik bergenrekan pop melayu tahun 1960an, dimana kebanyakkan konsep lagu-lagu mereka diinspirasikan dari filem Allahyarham P Ramlee, Do Re Mi, manakala muzik mereka banyak dipengaruhi oleh kugiran era 1960an seperti A Ramlie & The Rhythm Boys, The Siglap Five dan The Wonders, serta era tahun 2000an seperti The Last Shadow Puppets dan The Changcuters.

Diterajui oleh 3 orang anak muda berbakat besar, Kugiran Masdo antara kumpulan muzik yang cukup popular di kalangan peminat muzik bahkah lagu-lagu ciptaan mereka menjadi siulan peminat muzik tidak kira peringkat usia dan latar belakang. 

Bakal menghiburkan peminat dalam satu festival muzik dengan menghimpunkan sembilan (9) pemuzik nusantara yang cukup hebat Festival Aku Muzik dan Kamu 2.0 yang bakal berlangsung pada  8 Jun 2024 di Stadium Olahraga Mount Austin, Johor Bahru, Johor itu bakal menampilkan Kugiran Masdo bersama-sama Exists, Afgan, Nidji, Feel Koplo, Imran Ajmain, IAMNEETA, Saixse dan penampilan Ratu Rock Negara Ella.


Untuk pembelian tiket boleh dibeli di sini.

Catat Ulasan

0 Ulasan