5 FILEM MENARIK MINGGU INI

Bagi peminat filem, menonton sesebuah filem di pawagam adalah rutin yang menjadi kebiasaan buat mereka untuk menghiburkan hati setelah seharian bekerja. Walaupun hari ini menyaksikan pelbagai cerita menembusi pasaran digital samada melalui platform Netflix, Disney +, ViU mahupun Apple TV, menonton di pawagam dengan layar skrin yang lebih besar menjadi pilihan penggemar filem tegar, malahan rata penonton mengatakan kualiti tontonan sesebuah filem secara dalam talian menerusi pelbagai aplikasi sedia ada adalah tidak sama dengan kualiti visual dan bunyi sesebuah filem di pawagam

Minggu ini, kami sajikan kepada anda 5 buah filem wajib tonton bermula di pawagam 23 Mei 2024. (sila klik poster untuk menonton trailer)


THE EXPERTS (Malay)
Pengarah: Andre Chiew & Nazim Shah
Lakonan: Dato Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak, Ray Dapdap, Maya Karin, Tony Eusoff, Wan Hanafi Su, Jay Iswazir, Douglas Lim dan Michael Ang

Kisah The Experts bermula selepas sedekad lima adik beradik meninggalkan kegiatan merompak dan kemudian kembali berkumpul kerana satu ugutan. Mereka mendapat arahan daripada gangster terkenal untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar yang berisiko tinggi. Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lalu. Bagaimana harus mereka berdepan musuh dan melindungi keluarga mereka? Adakah misi ini akan menjadi kali terakhir lima adik beradik ini bersama?



GHOST AHEAD (Mandarin)
Pengarah: Tai Min Hwee
Lakonan: Su Weisheng, Zeng Xinfu, Lin Jingmin, Li Guogiang

Ghost Ahead merupakan sebuah filem seram tempatan arahan Tai Min Hwee yang memaparkan kisah aneh yang berlaku di satu tempat yang penuh bermisteri. Pelbagai kejadiah pelik menghantui sehingga memaksa mereka membongkar sesuatu.



THE LAST FRENZY (Mandarin)

Pengarah: Rina Wu
Lakonan: Jia Bing, Tan Zhuo, Xiao Shenyang, Yu Yang, Dong Baoshi

Mengisahkan tentang Jia Youwei seorang lelaki pertengahan umur yang tidak mencapai kejayaan, namun diuji dengan penyakit tumor otak yang hanya boleh hidup selama sepuluh hari. Kesannya, dia mengambil keputusan untuk menjual rumah lamanya agar ia tidak meninggalkan memori kelak. Namun, suatu yang tak dijangka berlaku apabila dia bertemu semula dengan beberapa orang lain yang pernah tinggal di rumah tersebut, yang memaksa Jia teringat kembali kisah 22 tahun lalu selama 10 hari terakhir hidupnya.



MYSTERY WRITERS (Mandarin)

Pengarah: Hsieh Chih Wen
Lakonan: Chen Yu, Huang Ching-Yi, Masha Pan Jun-Lun

Mystery Writers mengisahkan satu kejadian misteri berlaku pada tahun 1984 di mana satu tragedi kebakaran telah terjadi di mana 19 nyawa telah terkorban. Pei, seorang novelis seram terkenal mengambil inspirasi untuk membongkarkan satu peristiwa misteri di sebalik bangunan Jin Xin aras empat melalui kebolehan psikik yang dimilikinya. Pelbagai kejadian menakutkan terdedah. Apakah yang berlaku sebenarnya?. Semuanya bakal terjawab dalam naskhah arahan Hsieh Chin Wen yang menemui penonton di pawagam bermula 23 Mei 2024.





FURIOSA : A MAD MAX SAGA (English)

Pengarah: George Miller
Lakonan: Anya Taylor-Joy, Chris Hemsworth, Tom Burke

Sebuah kisah epik yang memikat penonton dalam perjalanan melalui kekacauan dari dunia pasca-apokaliptik. Filem imi mengisahkan karektor yang cukup legenda iaitu, Furiosa dalam versi muda 15 tahun sebelum Mad Max: Fury Road.

Catat Ulasan

0 Ulasan