SENGSARA CINTA JEJAKA AUSTISTIK DALAM BUNGA SALJU

 


‘Bunga Salju’ mendominasi slot Tiara pada kali ini dengan memaparkan seorang gadis bernama Qaisara yang menghadapi tekanan daripada ibunya yang hanya memikirkan tentang duit hingga sanggup mengahwinkan anaknya dengan anak seorang pengusaha terkemuka bernama Azizi, demi kesenangan hidup. Hal ini menjadi lebih teruk apabila satu-satunya lelaki yang Qaisara percaya, Farouk turut menyokong rancangan ibu Qaisara semata-mata untuk mendapatkan kesenangan hidup keluarga Azizi. Perkahwinan yang tidak diingini ini kini semakin mencabar apabila Qaisara menyedari bahawa suaminya ialah seorang autistik. Adakah Qaisara akan bahagia selepas berkahwin dengan Azizi, atau adakah dia akan terus menderita?

Menurut Idlan Zahari, Pengurus Saluran Astro Ria, “Astro teruja untuk memperkenalkan dua drama baharu yang bakal menemani para penonton Astro Ria menerusi slot MegaDrama dan Tiara. ‘Cinta Untuk Sekali Lagi’ memaparkan kisah cinta yang berputik kembali di antara pasangan sudah berpisah, manakala ‘Bunga Salju’ mengisahkan kehidupan perkahwinan yang melibatkan pasangan kelainan upaya. Kedua-dua drama ini berpaksikan cinta tetapi dengan plot yang berbeza, memberikan nafas baharu kepada penggemar genre romantik. Uniknya juga buat ‘Cinta Untuk Sekali Lagi´dan ‘Bunga Salju’ adalah gandingan watak utamanya yang dibarisi pelakon popular, berbakat dan sedang meningkat naik. 
Sebagai pelopor drama tempatan terbesar di Malaysia, kami ingin memberikan jalan cerita yang segar, sekaligus menepati citarasa semua penonton yang padat dengan nilai-nilai yang boleh diambil dan diterapkan kepada semua lapisan masyarakat. Kami berharap para penonton dapat menerima naskhah terbaharu daripada Astro Ria ini dengan memberi sokongan penuh kepada gandingan-gandingan baharu kami menerusi kedua-dua naskhah ini”
Menurut Pelakon utama Amyra Rosli tentang wataknya kali ini, beliau tertarik untuk menyahut cabaran membawa watak Qaisara kerana dirinya perlu berdapan pelbagai penindasan dan ditekan untuk merampas harta Azizi, suaminya sendiri. Namun begitu, apa yang menariknya ialah apabila Qaisara mengetahui Azizi adalah seorang Jejaka Austistik. Hisyam Hamid juga teruja membawakan watak Azizi, Seorang Jejaka Austistik yang bekerjaya. Beliau menyukai Qaisara namun tidak tahu tentang rancangan Qaisara dan Farouk untuk mengambil hartanya.

Kisah percintaan tragik ini diterajui oleh Amyra Rosli sebagai Qaisara, dan didampingi oleh hero-hero hebat seperti Hisyam Hamid sebagai Azizi, serta Hariz Hamdan sebagai Farouk. Drama ini turut diarahkan oleh sutradara Ejump Mohd dan diterbitkan oleh MIG Pictures, serta dibarisi pelakon berpengalaman dan yang baharu seperti Zarina Zainoordin, Hasnul Rahmat, Syad Mutalib, Zul Huzaimy dan Arabella Ellen
Episod baharu ‘Bunga Salju’ ditayangkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104).
‘Cinta Untuk Sekali Lagi’ dan ‘Bunga Salju’ turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel. Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838

Catat Ulasan

0 Ulasan