Menurut Dato’ Eddy Amir Salim, Pengarah RPM Group of Companies, “Penubuhan RPM Group of Companies bukan sekadar gabungan syarikat, tetapi satu gerakan untuk memperkukuh industri hiburan Malaysia dengan pendekatan yang lebih profesional, tersusun dan berimpak tinggi. Dengan adanya Rumah Produksi Merah, RPM Events dan RPM Labels di bawah satu bumbung, kami percaya sinergi ini akan menghasilkan karya-karya yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga memberi nilai kepada masyarakat dan negara.”
Pelancaran ini turut menyaksikan pengenalan Rockology Concert Tour 2025, sebuah jelajah konsert berskala nasional anjuran penuh oleh RPM Events Sdn. Bhd., yang bertujuan mengangkat semula kegemilangan muzik rock Malaysia.
Konsert jelajah ini bakal menampilkan dua nama besar dalam industri muzik rock tanah air, iaitu Dato’ Awie dan Search Kid Din, dalam satu pentas penuh nostalgia dan tenaga. Menurut Dato’ Awie, “Saya terima pelawaan untuk terlibat dalam Rockology Concert Tour 2025 kerana saya percaya pada misi dan semangat di sebalik jelajah ini. Ia bukan sekadar konsert biasa – ini adalah satu gerakan untuk menghidupkan semula jiwa rock tanah air.”
“Sebahagian dana atau keuntungan yang diperoleh daripada konsert ini akan disalurkan kepada program CSR kami yang seterusnya, iaitu Konsert Wings Dalam Penjara, sebuah projek khas untuk menyantuni komuniti yang memerlukan perhatian dan sokongan pemulihan.
Ini adalah cara kami untuk memberi kembali kepada masyarakat, terutama mereka yang telah tersisih daripada dunia luar.” Dato’ Eddy, turut menyatakan komitmen beliau terhadap projek ini, “Penubuhan RPM Group of Companies adalah langkah penting dalam menyatukan kepakaran kami dalam pelbagai cabang industri hiburan. Rockology Concert Tour 2025 adalah permulaan kepada misi kami untuk membawa semula semangat rock tempatan ke tahap yang lebih profesional, tersusun dan mampan.
Kami amat mengalu-alukan mana-mana penaja atau rakan strategik untuk turut serta dalam menjayakan konsert ini – bukan sahaja sebagai platform muzik, tetapi sebagai gerakan budaya dan sosial.” Rockology Concert Tour 2025 akan berlangsung di 2 negeri iaitu Midtown Perda, Pulau Pinang pada 21 Jun 2025 bagi North Chapter dan EduCity Sports Complex, Johor pada 5 Julai 2025 bagi South Chapter.
Jelajah ini dijangka menarik sehingga 15,000 peminat muzik rock dari seluruh Malaysia serta Singapura. Tiket untuk Rockology Concert Tour 2025 – North Chapter kini telah mula dijual di laman web https://rpm.ubertickets.asia/ dengan harga mampu milik bermula serendah RM98. Kami mahu pastikan konsert ini dapat dinikmati oleh semua golongan peminat muzik rock tanah air, tanpa mengira latar belakang. Ini adalah peluang untuk rakyat Malaysia menyaksikan gabungan legenda rock seperti Dato’ Awie dan Search (Kid Din) dalam satu pentas bersejarah.
Bagi tiket Rockology Concert Tour 2025 – South Chapter akan diumumkan dari semasa ke semasa. Majlis pelancaran turut diserikan dengan kehadiran barisan artis, pengurusan kanan RPM Group serta pengumuman rakan strategik yang bakal terlibat sepanjang jelajah ini.
0 Ulasan