Program realiti nyanyian Raise The Star Malaysia (RTSMY) terus menyajikan kejutan apabila dua peserta, Khalyn dan Faysal Saad, diumumkan tersingkir serentak dalam konsert minggu ketiga yang berlangsung pada Ahad malam.
Penyingkiran kedua-dua peserta tersebut sekali gus menandakan peningkatan persaingan dalam kalangan peserta lain yang masih meneruskan cabaran.
Lima bintang terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam kelompok utama yang dinamakan “The Five”, terdiri daripada Hariz Fahayet, Rayme, Aril Eles, Didie Shazry dan Share Lopes.
Selain itu, peserta lain yang turut mara ke minggu seterusnya ialah Maria Effendi, Pasya, Zury, Aliff Amy, Scha Nuril, Darling, Melinda Dadew, Ayiena, Zuana, Keka dan Max Brandon.
Melinda Dadew Menyinar, Dinobat 'Gempak Star On Fire'
Melinda Dadew mencuri perhatian apabila dinobatkan sebagai penerima anugerah “Gempak Star On Fire” minggu ini, hasil persembahan bertenaga yang memikat barisan juri dan penonton.
Penganugerahan tersebut sekali gus meletakkan Melinda sebagai antara peserta yang dilihat berpotensi untuk mara jauh dalam pertandingan musim ini.
Format Penjurian & Penyiaran
Penilaian peserta dalam RTSMY ditentukan melalui sistem pemarkahan gabungan melibatkan 80 peratus markah daripada juri profesional dan 20 peratus undian daripada penonton.
Barisan juri tetap program ini terdiri daripada nama-nama besar dalam industri muzik tanah air, iaitu Ajai, Shila Amzah, Ikhwan Fatanna, Audi Mok dan Aina Abdul.
RTSMY dikendalikan oleh dua pengacara popular, Alif Satar dan Sherry Alhadad. Program ini bersiaran secara langsung selama lapan minggu dari Royale Theatre, Shah Alam, menerusi saluran Astro Ria serta boleh distrim melalui aplikasi Astro GO dan Sooka.
.png)

.png)

0 Ulasan