PROTON secara rasmi melancarkan PROTON X50 Serba Baharu, versi terkini SUV B-segmen terlaris di Malaysia yang kini hadir dengan reka bentuk diperbaharui, teknologi dipertingkat dan prestasi dipacu ke tahap lebih tinggi.
Sejak dilancarkan pada tahun 2020, PROTON X50 telah merevolusikan pasaran SUV tempatan dengan lebih 140,000 unit terjual, menjadikannya model paling laris dalam segmennya selama lima tahun berturut-turut. Model ini turut menikmati kejayaan di peringkat global menerusi kerjasama bersama Geely, dengan lebih 1.2 juta unit terjual di 51 negara.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr. Li Chunrong, model baharu ini bukan sahaja mencerminkan komitmen syarikat terhadap reka bentuk dan teknologi automotif bertaraf dunia, malah meletakkan penanda aras baharu dalam mobiliti pintar.
“Dengan ciri-ciri terkini, diuji ketahanan secara menyeluruh dan ditawarkan bersama pakej nilai tambah, SUV ini melangkaui jangkaan pengguna. Dibuat untuk Malaysia, Kejuruteraan Bertaraf Dunia!” ujarnya.
Peningkatan Menyeluruh: Reka Bentuk, Teknologi dan Prestasi
PROTON X50 Serba Baharu kini hadir dengan penampilan lebih moden dan agresif, dilengkapi skrin infotainmen 14.6 inci dan sistem arahan suara dalam Bahasa Melayu yang pertama seumpamanya di dunia.
Dari segi prestasi, model ini menampilkan enjin 1.5TD i-GT baharu yang menghasilkan kuasa maksimum 133kW dan 290Nm tork, membolehkan pecutan dari 0–100 km/j dalam masa hanya 7.6 saat. Ia turut mencatat penjimatan bahan api sebanyak 4.7% berbanding model sebelumnya.
Tiga varian ditawarkan kepada pengguna Malaysia – Executive, Premium dan Flagship ; masing-masing memenuhi gaya hidup moden dengan elemen sambungan pintar dan ciri keselamatan ADAS Tahap 2 yang dipertingkatkan.
Tawaran GEMPAK! PROTON: Rebat Tunai RM4,000 & Manfaat Eksklusif untuk Pelanggan Terawal
Sempena pelancaran PROTON X50 Serba Baharu, PROTON menawarkan Tawaran GEMPAK! Eksklusif kepada 10,000 pelanggan pertama yang mendaftar kenderaan sebelum 31 Oktober 2025. Tawaran ini hadir dengan pelbagai manfaat pemilikan menarik yang direka khas untuk memberikan nilai tambah terbaik kepada pengguna.
Antara tawaran utama yang disediakan termasuk:
- Rebat tunai sebanyak RM4,000
- Kadar faedah pinjaman serendah 2.35% untuk tempoh 5 tahun atau 2.38% untuk 7 tahun, melalui rakan kewangan terpilih.
- Insentif tukar beli sehingga RM2,000
- Pakej data 5 tahun (2GB sebulan) – naik taraf daripada 1GB sebelum ini
- Perlindungan insurans tambahan menerusi PROTON Insurance Program, meliputi:
- Perlindungan Kerosakan Khas (Special Perils)
- Perlindungan kerusi kanak-kanak sehingga RM500
- Perlindungan kemalangan peribadi sehingga RM15,000 bagi setiap penumpang
Harga Rasmi PROTON X50 Serba Baharu & Penjimatan Menarik dengan Tawaran GEMPAK!
PROTON mengumumkan harga rasmi untuk PROTON X50 Serba Baharu yang ditawarkan dalam tiga varian utama – Executive, Premium, dan Flagship. Berikut adalah harga atas jalan tanpa insurans bagi Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur:
| Varian | Semenanjung Malaysia | Malaysia Timur |
|---|---|---|
| Executive | RM89,800 | RM91,800 |
| Premium | RM101,800 | RM103,800 |
| Flagship | RM113,300 | RM115,300 |
| Varian | Semenanjung Malaysia | Malaysia Timur |
|---|---|---|
| Executive | RM85,800 | RM87,800 |
| Premium | RM97,800 | RM99,800 |
| Flagship | RM109,300 | RM111,300 |
.png)



.jpg)


.png)

0 Ulasan