Platform Televisyen
Para pelanggan Astro dapat menikmati sajian kandungan menarik yang merangkumi program keagamaan, drama terbaik, pengisian hiburan, gaya hidup dan animasi yang membawa masa yang lebih untuk bersama keluarga di sepanjang Ramadan, termasuk:
● Program Islamik Ramadan Terbaharu di Astro Oasis (Saluran 106)
- ‘Home Of Ramadan’: Hidupkan Bulan Ramadan anda dengan Astro Oasis. Program secara langsung menemani penonton selama 3 jam setiap Isnin hingga ke Jumaat, sarat dengan segmen interaktif, santai, dari mengaji & pembetulan tajwid, bertadabbur Al Quran, masak-masak, soal jawab interaktif dan banyak lagi.
- ‘Halaqah Nunha’: Nantikan satu perjalanan yang menginspirasikan Ramadan ini bersama pasangan duo dinamik, Ustaz Haris Ismail dan Neelofa, dalam membawakan perbincangan bermakna dan meningkatkan iman dan rohani penonton.
- ‘MeleTOP Moreh x Tazkirah Malam Jumaat’: Buat kali pertama, MeleTOP berganding bersama Tazkirah Malam Jumaat untuk mendekati penonton dan masyarakat di lokasi Assalamualaikum Astro tahun ini, iaitu Kuala Terengganu! MeleTOP x Tazkirah Malam Jumaat akan menampilkan barisan penceramah popular, selebriti jemputan dan persembahan nasyid oleh Kumpulan nasyid terkenal.
- ‘Surau Hunting’: Surau Hunting membawa penonton melihat surau-surau yang unik, tersembunyi di pinggiran kota hingga ke tengah bandar bandar moden yang ‘Instagrammable’. Setiap hentian bukan sekadar solat, tersembunyi kisah-kisah komuniti, momen refleksi dan IFTAR!
- ‘Mualim Muda: Ke Mekah, Kita!’: Sebuah program travelogue realiti bersama Juara, Naib Juara, tempat ke-3 & 4, musim pertama Mualim Muda menjalani ibadah umrah di bulan Ramadan Al Mubarak!
● Sajian drama terus menjadi pilihan No. 1 penonton Malaysia dan Astro bakal menyajikan drama baharu sepanjang Ramadan 2026.
- ‘Andai Itu Takdirnya 2’: 10PM Isnin – Khamis, Slot Megadrama, Astro Ria (Saluran 104), Kembali untuk musim ke 2, Ini merupakan bab baharu daripada karya Siti Rosmizah yang menampilkan jalan cerita original dan belum pernah dipaparkan sebelum ini. Andai Itu Takdirnya musim kedua mengisahkan seorang suami yang terperangkap antara kesetiaan terhadap keluarganya dan cinta kepada isterinya.
- ‘Sujud Terakhir Encik Norman’: 9PM Rabu – Khamis, Slot Dramavanganza, Asto Ria (Saluran 104), Karya hebat Sharulezad kembali ramadan ini. Setelah menjadi fenomena bersama drama Khunsa & Seribu Tahun, kini Drama Sujud Terakhir Encik Norman bakal memberikan gejolak rasa pertembungan antara akidah , pengkhianatan dah keruntuhan Iman. Lakonan hebat Sharifah Sakinah, Aidil Aziz dan Trisha Ooi.
- ‘Keluarga Iskandar 3’: 9PM - Jumaat, Sabtu & Ahad, Astro Ria (Saluran 104), Selepas 11 tahun, Keluarga Iskandar kembali dengan gabungan pelakon asal dan baharu, mencetuskan keterujaan serta nostalgia penonton. Lakonan Kismah Johar, Azhar Sulaiman, Susan Lancaster, Zain Ruffedge, Nabil Aqil dan Anita Baharom.
- ‘Mencari Isteri Sempurna’: 6PM, Setiap Isnin - Jumaat, Astro Prima (Saluran 105), Apabila kesempurnaan menjadi obsesi, realiti yang pahit menanti. Sebuah drama penuh konflik dan emosi daripada penulis hebat iFAME dan Oka Aurora. Lakonan Redza Rosli, Zara Zya, Sherry Ibrahim, Yusof Ibrahim dan Cahaya Nilam.
- ‘Misi Solat 5 Waktu’: 2PM, Jumaat, Astro Ceria (Saluran 611), Sebuah drama komedi seisi keluarga adaptasi daripada komik Islamik terlaris, Misi Solat 5 Waktu. Kisah Imran, seorang budak yang sepanjang hidupnya hanya pernah menunaikan solat sebanyak tiga kali.
● Program masakan peneman suri, hiburan, realiti dan komedi yang menceriakan sepanjang Ramadan 2026.
- ‘MeleTOP Moreh’, (Saluran 104), Ramadan Istimewa bersama Nabil Ahmad, Hawa Rizwana & Namie memeriahkan malam Selasa anda bersama selebriti tanah air dalam suasana santai dan penuh kebersamaan menerusi MeleTOP Moreh.
- ‘Dapur Bapak Bapak,’ (Saluran 105), 3 figura hebat. Satu dapur. Satu misi. Ikon kulinari Chef Wan, maestro muzik Tok Ram, dan pelakon lagenda Tok Jalal kini turun gelanggang — bukan di pentas, tapi di dapur!
- ‘Misi Lawak Superstar’, (Saluran 105), Misi Lawak Superstar ialah rancangan realiti komedi yang menampilkan juara Muzikal Lawak Superstar 5, Nanas, bergandingan dengan barisan pelawak dan selebriti, keluar dari zon selesa pentas dan mencabar mereka di dunia nyata.
- ‘Kisah Hidupku’, (Saluran 105), Sebuah siri realiti yang menyelami kehidupan seharian wira-wira yang tak didendang di Malaysia, dari penjaga rumah warga emas ke pembuat kraftangan tradisional dan pemuzik, sambil menyingkap cabaran, ketabahan, dan sumbangan besar mereka yang sering tidak disedari.
● Manakala program kanak-kanak di Astro Prima, (Saluran 105) pula akan menampilkan
- ‘Upin & Ipin Musim 19’: 5PM – 6PM, Setiap Hari, Astro Prima (Saluran 105), Animasi No.1 Malaysia kembali menemani Ramadan anda. Upin & Ipin Musim 19 hadir dengan pengembaraan baharu, gelak tawa, dan momen menyentuh hati dari Kampung Durian Runtuh.
Platform Digital’
Peminat kandungan digital juga boleh turut berhibur dan menyaksikan program-program terbaik di platform Astro Gempak, termasuk:
- ‘Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani’, Inspektor Sani menyamar sebagai peniaga gerai makanan di Kampung Hari Baik untuk menjejaki Capik, pengedar dadah yang licik. Kelainan untuk rancangan ini - setiap hari, setiap hidangan yang dimasak dalam rancangan akan dijual pada keesokkan harinya di Bazar Ramadan Presint 3, Putrajaya.
- ‘Sayang Ajar Masak S3’, Setiap episod memperlihatkan dua selebriti jemputan yang ditugaskan menyediakan hidangan serupa dari dapur masing-masing, tanpa dapat melihat antara satu sama lain. Kedua-dua tetamu akan saling menukar hidangan, mencuba hasil masakan pasangan mereka dan menerima ulasan serta penilaian yang jujur, menjadikan setiap episod penuh kejutan dan hiburan.
Platform Radio
Pendengar Astro Radio juga boleh terus menikmati keindahan Ramadan dengan program-program menarik di radio, termasuk:
- ‘ERA: Tumpang Belajar’, Tahun ini merupakan tahun pertama untuk Fazziq dan Isha berpuasa sebagai seorang suami dan isteri, jadi Fazziq dan Isha akan terjah “stranger” untuk ikut beli barang dapur dan balik ke rumah mereka untuk belajar menu berbuka! Mereka akan beli barang, masak dan berbuka bersama-sama.
- ‘SINAR: JOHN SINAR’, Kak Shiera dan Odah akan dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan akan menerima 100 Roti John untuk diagihkan kepada SINARIAN untuk juadah buka puasa. Roy Azman dan Hefny akan memilih kumpulan yang ingin mereka sertai.
- ‘GEGAR: Projek Balang Air’, Ramadan ini, penyampai THR Gegar akan pergi ke lokasi berbeza setiap minggu disekitar Pantai Timur untuk berbuka puasa bersama para pendengar. Sebagai tanda istimewa, kami akan mengedarkan air balang percuma untuk iftar.
- ‘ZAYAN: Rasa Kasih Zayan’, Inisiatif Zayan kolaborasi bersama NGO Dapur Jalanan. Penyampai radio Zayan akan bersama sama memasak dan menyediakan juadah berbuka untuk diberikan kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.
- ‘ERA Sabah: Keratan ERA Sabah’, Ramadan tahun ni, ERA Sabah akan beri peluang untuk pendengar kami untuk menang wang tunai sebagai persediaan awal raya! Pendengar boleh cuba menang sebahagian daripada RM1000 dalam Keratan Era Sabah! Tunggu untuk petunjuk yang akan kita kongsikan di IG dan FB.
- ‘ERA Sarawak: Raya Support Local’, Sepanjang Ramadan tahun ini, ERA Sarawak nak bantu peniaga kecil-kecilan yang berniaga sepanjang Ramadan dan peniaga yang akan berniaga untuk raya juga nanti. Kalau terpilih nanti, peniaga akan ada peluang untuk promosikan perniagaan mereka on air dan digital di ERA Sarawak.
Astro First
Ramadan ini, Astro First membawa pengalaman Pawagam Di Rumah Anda dengan tiga buah filem yang mengangkat isu sosial realiti masyarakat. Penonton boleh menikmati di platfrom Astro First dan sooka dengan harga hanya RM15 dalam tempoh 48 jam.
- ‘Akad Yang Hilang’: Filem lakonan Mira Filzah, Syarul Ezani, Idan Aedan ini menyentuh persoalan status anak tidak sah hasil perkahwinan fasid dan implikasi emosi daripada tekanan dari media sosial.
- ‘Abah Saya, Uncle Mike’: Diinspirasikan daripada kisah benar penerima Anugerah Maulidur Rasul Kebangsaan 2024, filem ini mengisahkan Uncle Mike, seorang lelaki Cina yang memainkan peranan penting dalam membesarkan dan menyayangi tiga anak angkat berbangsa Melayu dan menghormati kepercayaan dan amalan mereka.
- ‘Amira Amir’: Filem gandingan pertama kali Zahiril Adzim dan Sophia Albarakbah menyaksikan tentang Ziyad yang berkahwin atas dasar cinta pandang pertama tanpa menyelidik latar belakang pasangannya, Amira.
Ramadan WhatsApp Sticker
Eratkan hubungan anda bersama keluarga dan yang tersayang dengan sticker Istimewa Ramadan dari Astro. Sticker menarik oleh selebriti Astro ini sesuai digunakan untuk semua. Para pelanggan boleh muat turun sticker Istimewa ini di aplikasi MyAstro dan kongsi kepada kepada ahli keluarga dan rakan-rakan.
Tanggungjawab Sosial Korporat (Astro ESG)
Berkesempatan dengan bulan Ramadan ini, pihak Astro Kasih menjemput 50 orang pelajar daripada Kem Solat untuk menyertai acara Assalamualaikum serta mengambil bahagian dalam aktiviti yang diadakan di Masjid Seberang Takir. Sebanyak 100 pek sumbangan daripada Astro Kasih telah disalurkan melalui inisiatif Grobok Rezeki di Masjid Seberang Takir untuk diagihkan kepada golongan asnaf dalam komuniti. Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan tersebut, Astro turut menyediakan saluran sumbangan dana bagi mereka yang ingin bersama-sama menjalankan ibadah sedekah melalui Program Kasih Ramadan. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Yayasan Astro Kasih di nombor akaun 21412900254230 (RHB Bank Berhad).
Untuk maklumat lanjut berkaitan pengisian terkini kandungan Ramadan Astro 2026, sila layari http://astroramadan.com.my/ atau ikuti platform media sosial Astro Malaysia. Astro juga menjemput para pelanggan untuk menikmati nilai berganda dengan Pek Astro One, kini bermula dari RM49.99*, memberikan pengalaman strim mudah dan hiburan tanpa batas. Pelanggan yang berminat untuk melanggan Astro One boleh layari astro.com.my atau hubungi Astro melalui WhatsApp di 03 9543 3838. *Tertakluk pada terma dan syarat
0 Ulasan