DRAMA BAND 15 TAHUN : CERITA KITA



Sabtu lalu, Kumpulan Drama Band telah mengadakan sebuah konsert di Jio Space, Petaling Jaya sempena meraikan perjalanan karier mereka dalam dunia seni selama 15 tahun. Band yang memulakan Langkah melalui pertandingan 'Hot FM Twisties Bingit' pada tahun 2010, dan kemudian berjaya menempatkan mereka sebagai naib juara. bermula dari itu, Drama Band tidak lagi menoleh ke belakang dan terus mengorak Langkah mereka sehingga kini. Ahli kumpulan Drama Band diketuai Aepul Roza, Daus, Faeez, Adib, Syahmir dan Padel, membuka tahun baru 2026 dengan penuh kenangan manis terutamanya pada malam 31 Januari yang lalu dengan meraikan perjalanan suka duka mereka semasa konsert Drama Band 15 Tahun.   

Kami di Wajib Tonton, berpeluang bertanyakan beberapa soalan secara eksklusif kepada vokalis Drama Band Aepul Roza tentang penganjuran Konsert Drama Band 15 Tahun ini. Konsert kali ini, mendapat sokongan dari Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures dan yang menariknya, ianya dianjurkan sendiri melalui syarikat Aepul sendiri iaitu Aepul Roza Enterprise. 

Menurut Aepul Roza "Saya sangat berpuas hati dengan konsert kali ini. Idea ini telah lama tersimpan dalam impian saya, dan dengan sokongan Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures, akhirnya kami mampu untuk merealisasikan impian ini."

Konsert ini, diadakan demi memberi penghargaan kepada peminat mereka yang dikenali sebagai Geng.Drama dan juga peminat muzik rock tempatan. Sepanjang hamper 3 Jam konsert ini berlangsung, apa yang boleh dikatakan ianya memang diluar ekspektasi kami. Walaupun ianya tidak diadakan secara besar-besaran, ianya cukup memberi impak yang maksimum kepada kami sebagai penonton. Ruang di JioSpace membuatkan penonton terasa dekat dengan Drama Band dan sudah pastinya itulah yang mereka mahukan.

"Semua yang terlibat dan semua yang menonton pulang dengan memori indah. Konsert ini kami anjurkan sendiri melalui syarikat saya Aepul Roza Enterprise, jadi segala kerja tentang pembikinan konsert, kami terlibat secara langsung." 

Mana tidaknya, konsert ini disertakan dengan aksi ngeri dari Aepul Roza, vokalis Drama Band yang juga juara pertandingan "The Hardest Singing Show". Tidak cukup dengan aksi Aepul, percikkan api di sisi pentas juga membuatkan kami rasa teruja. Dengan bantuan lighting, Zyhy Dancers, dan energi dari Drama Band sendiri Berjaya memukau kesemua penonton yang menyaksikan konsert Drama Band 15 Tahun itu.

Lebih manis, bukan sahaja kita dapat enjoy lagu-lagu hit Drama Band yang sentiasa sarat dengan mesej, Mereka tampilkan kelainan kali ini apabila Joey Daud bertindak sebagai emcee bersama Bad. Sepanjang mereka berdua berada di pentas, kami dibawah terhibur dan tiada ruang yang membosankan pun. Konsert ini juga diserikan dengan kehadiran Shahrul Kamal yang menyanyikan lagu Bunga Angkasa dan juga Bayangan, lagu OST filem Magik Rompak. AG Coco juga muncul apabila Drama Band menyanyikan lagu Satu-satu bersama Leez Rosli. Aepul dan Leez menyanyikan beberapa lagu duet bersama. Kami ingatkan itu dah cukup wow, Tidak cukup dengan itu, persembahan yang memukau dari Aweera dan juga Fiq Halim bersama Aepul menyanyikan lagu-lagu hit mereka iaitu Roman Cinta dan juga Tiga Malam Tanpa Bintang. 

Konsep konsert ini yang penuh dengan kejutan, tanpa memberitahu kami penonton apa yang akan berlaku seterusnya, siapa yang akan muncul seterusnya membuatkan kami lebih teruja dan ternanti-nanti. Ekspektasi tanpa had kata orang. Kami tak menyangka Dato' Nash akan muncul di pentas dengan lagu Kamelia. Betul-betul memukau dan benarlah kata Aepul Roza "Ini Passion Project kami, ia menjadi memori indah buat yang hadir, tiada apa yang lebih kami mahukan dari itu. "

Menurut Aepul lagi, "Untuk Artis Jemputan, Mereka memang rapat dengan kami dan kami sangat bersyukur dan berterima kasih kerana mereka sanggup meluangkan masa meraikan hari indah ini bersama-sama. Mereka bersetuju tanpa basa-basi saat saya menjemput mereka lebih kurang sebulan sebelum tarikh konsert."

Ditanya kenapa mereka menyatakan semuanya mereka lakukan sendiri semasa di konsert itu, Aepul berkata "Kami mention perkara menganjurkan konsert ini sendiri untuk menyampaikan mesej, 'Jangan tunggu peluang datang, cipta peluang kita'." Walaupun konsert ini dihasilkan sendiri tanpa syarikat penganjur gergasi, kami lihat Drama Band mampu dan Berjaya lakukannya dan kami tahu Drama Band mampu melakukannya sekali lagi. 

Sebagai penonton, kami puas dengan persembahan memukau penuh energi selama tiga jam dari Drama Band, kami rasa satu hall juga merasakan benda yang sama. puas, terharu dengan perjalanan Drama Band yang sudah sejauh ini, kami berharap Drama Band akan terus menghasilkan lagu-lagu hit yang sarat dengan mesej, memberikan persembahan yang menarik setiap kali di pentas dan sentiasa diberi peluang untuk menghiburkan kami. 

Konsert diakhiri dengan lagu keramat mereka Drama. Kali ini, bekas anggota kumpulan ini Ammar Habir berkesempatan untuk sekali lagi bersama-sama bermain gitar untuk Drama Band. Tentunya ini adalah momen paling manis bukan hanya buat Ammar sendiri tapi juga untuk ahli kumpulan yang lain. 

Kata akhir dari Aepul Roza buat anggota Drama Band dan juga peminatnya Geng Drama "Untuk Drama Band, terima kasih untuk perjalanan ini, terima kasih untuk persabahatan dan kasih saying ini. Untuk peminat, kami tidak akan berdiri di sini tanpa kalian, betapa bersyukurnya kami menjadi sebagaian dari kehidupan kalian. Semoga Allah membalasnya, and see you around!"

 "Seterusnya untuk Drama Band, kita dah ready next single untuk kita release, in shaa Allah lepas Aidilfitri yang bertemakan persahabatan" Ujar Aepul Roza. Jangan lupa untuk terus support Drama Band okay gais!


Sumber Gambar : Drama Band. 


Catat Ulasan

0 Ulasan