Hebat ke Sangat Teater Air Con yang dipentaskan kini di KL Pac tidak menerima media untuk membuat liputan?. Teater yang membariskan Zahiril Adzim, pelakon popular siri Merah Putih itu di katakan full house tiketnya semalam. Sebab itulah sekumpulan rakan media yang menunggu sejak pukul 8.00 malam itu tidak di layan mesra, sebaliknya di biarkan pergi begitu sahaja. Apakah tahap professional pihak penganjur yang tidak membenarkan rakan media masuk ke dalam panggung?. Alasan yang di beri 'tiada tempat duduk, awak kena book dulu, baru boleh masuk!'. Itukah jawapan yang perlu di beri kepada sekumpulan rakan media yang rata-ratanya adalah wartawan popular daripada beberapa akhbar dan majalah. Merungut salah seorang teman media kepada amy ikram 'Istana Budaya, Matic dan Aswara, tidak pernah mengenepikan media daripada masuk, Inikan KL Pac yang mengusir media daripada masuk membuat liputan, dengan alasan 'full house'.. dan apakah kami sengaja mahu datang membuat liputan. Kite nak promote macam mana?', kata salah seorang rakan media daripada laman online paling popular itu kepada saya, yang turut sama merasai kehangatan tragedi semalam. Akhirnya, kami pulang dengan hampa. Persoalan di sini ialah 'sepatutnya pihak penganjur menyediakan seat untuk media, ini tidak. Kami di biarkan pergi tanpa dipujuk!!. Ye la kan, pas nie nampak gayanya 'kite kena book la!, memalukan betul diorang ini. Ingat kite nie ape!', kata salah seorang jurugambar popular kepada saya menutup bicara. Wallahuallam.
hmm. lagi baik pengurusan Istana Budaya dan Matic!!. tak pernah sisihkan media. Apakah dalam Air Con ada scene-scene yang melampau?. ntahlah.. tepuk dada tanya selera.
6 Ulasan
wallahullam
aku tak rasa diaorang menghalau pun, betul ar, dah dewan penuh, nak masuk macam mana...nak duk tang mana?
mungkin sebelum2 ni pernah disediakan seat tapi media tak datang, kot sebab tuh kena tarik balik kot, baik jual....kalau di event lain aku rasa memang ada jemputan, cuma yang ini aku rasa memang tak ada jemputan, kalau ada pun...bukan untuk mereka..itu produksi mereka, mereka ada hak kan..
takpelah, next show write in pada pengurusan...saya wartawan top yang popular vast vast boom, saya nak masuk free...