"Khatimah Cinta", merupakan single terbaru daripada kumpulan 6ixth Sense yang akan dimuatkan di dalam album terbaru mereka, 'The Legend" yang akan berada di pasaran tidak lama lagi. Lagu yang mendapat perhatian di semua stesen radio tempatan ini boleh disaksikan juga menerusi sebuah video klip terhebat, arahan Iqmal dan Misyon daripada produksi Roll 'Em yang akan ditayangkan disemua channel muzik tempatan dan antarabangsa. Menggunakan lokasi penggambaran di sekitar Kuala Lumpur dan di hasilkan oleh 100% krew produksi tempatan, Khatimah Cinta memberikan dimensi baru dalam dunia penerbitan video muzik yang berkualiti dan setanding dengan produk antarabangsa. Tidak percaya? Saksikan saja video klip ini dan nilaikanlah kualitinya, apakah ia setanding dengan video klip artis tempatan lain?. Tepuk dada tanya selera..

Khatimah Cinta Exclusive Video Music
Directed by: Iqmal & Misyon