Portal Sinema Malaysia berwajah baru..!

Portal rasmi filem-filem tempatan, Sinema Malaysia terbitan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) kini berwajah baru dan amat menarik untuk di akses oleh seluruh pencinta seni dan filem tempatan. Portal yang boleh dilayari di alamat http://www.sinemamalaysia.com.my/ ini menyediakan pelbagai maklumat terkini bermula dari zaman awal filem melayu diterbitkan sehinggalah zaman kini. Ia juga merangkumi pelbagai maklumat berkaitan artist samada pelakon, pengarah, krew filem mahupun syarikat produksi sesebuah penerbitan filem dan dokumentari tempatan. Bukan itu sahaja, portal Sinema Malaysia ini juga memaparkan artikel-artikel terpilih daripada akhbar hiburan tempatan, di mana jumlah purata individu yang melayari portal ini terdiri daripada rakan artist, peminat filem, pengkritik dan karyawan tempatan. Namun begitu, bagi meraikan portal yang berwajah baru ini di samping sebagai acara di Kuala Lumpur Festival 2009, pihak FINAS melalui bahagian promosi dan pemasaran FINAS mengalu-alukan anda pembaca semua untuk menghadiri Tayangan Ekslusif Bersama Bintang Filem HISTERIA, pada malam ini 8.30 malam di Pawagam Mini P.Ramlee FINAS. Masuk adalah percuma.

Antara Scene yang agak menarik yang terdapat di dalam filem HISTERIA

Catat Ulasan

0 Ulasan