‘Antara Cinta dan Persahabatan… menuntut satu pengorbanan’.. CRAYON, adaptasi romantik ala Yasmin Ahmad.


Setiap daripada kita mengimpikan sebuah kehidupan yang serba lengkap, di temani teman-teman, keluarga dan insan yang kita sayangi. Ada juga di antara kita yang hidup berpaksikan kekayaan tanpa mensyukuri nikmat pemberian tuhan kerana apa yang dianugerahkan adalah datang dari maha pencipta sekelian alam. Namun, walau apapun darjat yang kita miliki, kita cuma satu di bawah lukisan-lukisan alam yang mempunyai struktur warna kehidupan, tentunya mempunyai ragamnya yang tersendiri. Kita tersenyum melihat diri kita di cermin, tanpa memikirkan kesedihan orang lain. Setiap apa yang kita miliki cuma sementara, hanya cinta dan persahabatan mampu merungkai erti sebuah kehidupan. Crayon, lahir dari erti sebuah pengorbanan. Pengorbanan itulah mewujudkan rasa tanggungjawab antara kita, walaupun sesama jantina. Namun, tanpanya kita tidak mungkin mengenal dunia dan penghuni alamnya.

Bakal ditayangkan serentak di seluruh Malaysia bermula 11 November 2010, Crayon arahan sutradara muda, Dean A.Burhanuddin yang diterbitkan oleh Linda Ziegler dan Elise A.Hamid dari produksi Zioss Film Sdn Bhd merupakan sebuah filem tentang pengorbanan dan kekeluargaan. Menampilkan bintang Talentime, Ka Hoe, Ariff Faisal, Adibah Noor dan Joshry Adamme ,Crayon menyajikan plot penceritaan yang agak menarik di mana kisah kehidupan anak-anak yatim menjadi kekuatan utama dan tunjang penceritaan Crayon. Di adaptasikan dari sebuah kisah benar, Crayon merupakan karya filem seakan Yasmin Ahmad kerana jalur cerita dan paparan serta gaya olahannya. Walaupun Crayon dikatakan mempunyai kesamaan dari segi pemikiran Yasmin, namun olahannya juga menerapkan elemen krtikan sosial pada kehidupan. Pada babak akhir penceritaan, penonton di bawa menyelami kisah anak-anak yatim di mana paparannya lebih menjurus kepada persamaan filem dan karya pembikin lain. Crayon memaparkan Konsert bagi mengutip dana untuk membantu anak yatim. Ia menyelitkan elemen sutradara Mamat Khalid menerusi filem Man Laksa. Perhatikan pada set up konsert dalam Crayon!. Ia seakan-akan babak dalam Man Laksa.

Sebelum ditayangkan di Malaysia, Crayon khabarnya akan berputar di beberapa negara di antaranya Los Angeles. Jika anda peminat tegar karya Yasmin Ahmad, tentunya anda menyukai Crayon, kerana ia sebuah filem yang mempunyai semua yang anda inginkan. ‘Life is rough around the edges just like…’ Crayon filem berwarna-warni tahun 2010. Nantikan kehebatannya..

TAYANGAN SERENTAK 11 NOVEMBER 2010

CRAYON.. CINTA DAN PENGORBANAN..

Catat Ulasan

0 Ulasan