Iklan Deepavali 2010 FINAS , satu paparan realiti masyarakat Malaysia!!

NONE

Penerbitan Iklan Deepavali 2010 terbitan FINAS bertujuan untuk memaparkan realiti kehidupan masyarakat Malaysia dengan memberi fokus kepada perkahwinan campur antara perempuan muslim dengan seorang lelaki India yang telah memeluk agama islam.

Promo ini adalah kesinambungan kepada iklan Raya Aidilfitri 2010 yang juga terbitan FINAS. Di dalam iklan tersebut, ia menceritakan mengenai Rina , seorang gadis muslim Sarawak yang telah berkahwin dengan Muthu, seorang lelaki India yang telah memeluk agama islam. Ini telah menunjukkan bahawa bapa Muthu tetap menerima Muthu dan Rina sebagai keluarganya walaupun berlainan agama atas dasar kekeluargaan.

Penerbitan Iklan Deepavali 2010 dihasilkan adalah dengan tujuan:-

1. Memupuk semangat Satu Malaysia.

2. Paparan ini bukan bermakna FINAS menggalakkan perkahwinan campur tetapi adalah sebagai gambaran kehidupan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum walaupun berlainan agama. Dalam situasi ini, Rina dan Muthu adalah suami isteri dan bapa Muthu telah menerima mereka dalam keluarganya. Ini menunjukkan bahawa ‘biarpun berlainan agama, kita tetap satu keluarga’.

3. Penerbitan promo ini juga menggambarkan toleransi kita rakyat Malaysia dalam satu negara. Keprihatinan kita dalam kehidupan bermasyarakat yang berbilang kaum, dapat disaksikan melalui watak Rina yang cuba memahami budaya India ( dengan memasak muruku dan memakai pakaian tradisi kaum India ) walaupun adik Muthu pada mulanya tidak bersalam dengan mereka, ( mungkin kerana perbalahan lain dan tiada kena mengena dengan bertukar agama ) namun atas dasar kekeluargaan dan kasih sayang maka Muthu bersama Rina diterima dengan seadanya.

4. Lakaran penceritaan dalam iklan ini lebih menjurus kepada adegan dramatik filem-filem Bollywood di mana konflik kekeluargaan menjadi teras utama kepada unsur kasih sayang di mana pengakhiran cerita adalah kepada adegan gembira dan kesepakatan.

5. Semangat kekeluargaan dan kasih sayang antara dua budaya bukan penghalang kepada kehidupan harmoni masyarakat Malaysia. Walaupun telah memeluk agama islam, Muthu tidak melupakan keluarga dan agama asalnya, bahkan kehidupan baru Muthu amat di hargai bapanya.

6. Dalam iklan ini juga digambarkan bahawa Rina pada mulanya tidak menjamah makanan bukan bermakna beliau merasakan makanan itu tidak halal semata-mata tetapi keadaan Rina yang sarat mengandung menyebabkannya dia tidak selera makan. Ini terbukti kerana selepas itu beliau terus melahirkan anak.


7. Penerbitan iklan ini sebenarnya bukan bertujuan untuk memaparkan perbezaan agama sesuatu kaum tetapi penerbitannya adalah menjurus kepada ikatan kekeluargaan, kasih sayang, dan budaya hormat menghormati antara satu sama lain.

Nota
- Kenyataan rasmi ini adalah bertujuan untuk menjelaskan kontroversi yang berlaku mengenai Iklan Deepavali 2010. Pelbagai polimek tercetus oleh beberapa individu yang tidak puas hati..

Laporan dari Malaysia Kini





Catat Ulasan

1 Ulasan

Farahanani Amhazali berkata…
apa salahnya kalau kahwin campur pun...

thats the reality..