Anu Dalam Botol? Paparkan realiti kehidupan golongan homoseksual!!


Sebaik sahaja Kak Mi ( Raja Azmi) memaklumkan kepada umum bahawa karya tulisannya, Anu Dalam Botol memaparkan kisah kehidupan golongan gay yang mengalami konflik cinta sejenis, timbul pelbagai spekulasi negatif menyebabkan tajuknya terpaksa diubah menjadi ... Dalam Botol. Filem pertama arahan Khir Rahman yang dibarisi Arja Lee (pelakon asal Comolot), Wan Raja, Diana Danielle dan ramai lagi itu bakal menemui penonton tempatan mulai Februari 2011. ...Dalam Botol yang mengupas pelbagai persoalan hidup antara watak Rubi ( yang dilakonkan oleh Arja Lee) dengan Wan Raja serta Diana Danielle merupakan naskhah filem yang wajib ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia. Isu pertukaran dan pembedahan jantina bagi golongan muslim lelaki yang ingin menjadi wanita, sebenarnya agak taboo dalam masyarakat bahkan ia merupakan satu dosa besar yang tidak mungkin dimaafkan oleh Allah Maha Pencipta. ...Dalam Botol memaparkan lanskap kehidupan golongan homoseksual di Malaysia dengan memberi penekanan kepada dua sisi kehidupan iaitu di kampung dan di bandar. Dalam situasi ini, Khir Rahman bijak menggunakan kedua-dua latar masa tersebut dengan memaparkan kehidupan Rubi ( Arja Lee) setelah melalui proses penukaran jantina yang merungsingkan. Di kampung, Rubi masih disayangi keluarganya, bahkan beliau terjerat dalam konflik cinta hakiki antara Rubi (Arja Lee) dengan seorang gadis kampung, Diana Danielle walaupun pada hakikatnya beliau seorang homoseksual yang tidak mempunyai zakar @ Anu kerana ia sudah dipotong demi menegakkan cinta palsunya. Dalam perkara ini, apa yang membimbangkan Rubi adalah soal perasaan cintanya pada wanita, tetapi hatinya memberontak kerana mahkota lelakinya hanya tinggal kenangan yang kini diletakkan di dalam sebuah botol. Keagungan cinta pasangan gay adalah dilaknati oleh islam, bahkan gaya kehidupan sebegini seolah-olah menjadi trend dikalangan remaja Malaysia. Paparan inilah menjadikan ...dalam botol antara filem yang cukup bermaruah untuk ditafsirkan. Demi cinta mereka, Rubi (Arja Lee) sanggup memotong kemaluannya atas kerana kasih sayangnya pada Ghaus ( Wan Raja). Kesilapan inilah menjadikan Rubi menyesal seumur hidup dan tangisannya hanyalah sebuah lukisan yang dicairkan dengan setitik air yang sangat jernih.

Walaupun pada azalinya, ia sangat kontroversi tetapi ...Dalam Botol sebuah filem yang mengajak kita berfikir bahawa apakah kehidupan kita sudah cukup sempurna?. Soal nafsu, dan sifat saling sayang menyayangi walaupun sesama jantina amat pelik, tetapi kehidupan inilah memberi kita sikap amat menghargai antara satu sama lain. ... dalam botol memberikan perbezaan yang sangat ketara bagi menggambarkan dua kehidupan Rubi, iaitu di kampung dan dibandar. Setelah diceritakan apa yang berlaku di kampung pada fasa pertama di atas, di bandar pula, Khir Rahman memberi gambaran yang sangat signifikan bahawa hidup di bandar penuh ranjau dan cabarannya, cuma hanya yang mampu mengatasinya sahaja akan mencapai kejayaannya. ... Dalam Botol memaparkan gaya songsang kehidupan Rubi dan Ghaus yang menyintai antara satu sama lain, dan terpisah ; menjadi amat renggang kerana Rubi bertindak memotong 'anunya' atas gurauan manja Ghaus masa ditepi unggun api, Ghaus melafazkan kata-kata 'kan bagus kalau awak Rubi jadi perempuan' ( situasi ini Ghaus inginkan Rubi menjadi wanita, bukannya suruh buang anunya). Inilah kesilapan yang memberikan penyesalan selamanya buat Rubi , lakonan Arja Lee.

Berdasarkan sebuah kisah benar, ...dalam botol menyajikan plot yang agak mendatar pada permulaannya, dan bertindak sebagai konflik setelah mengalami proses transformasi jantina. Ini memberi gambaran bahawa, ...Dalam Botol lari dari pembikinan filem-filem komersial yang dihasilkan produksi besar seperti Tayangan Unggul, Metrowealth dan Primeworks. Tetapi, ...Dalam Botol menyerupai karya-karya yang pernah dihasilkan penggiat filem bebas ( indipendent) seperti Ho Yuhang, James Lee dan sebagainya. Justeru, ... Dalam Botol bukan sebuah filem lucah atau filem seks sejenis yang murahan, tetapi ia sebenarnya sebuah karya yang sangat tinggi pemikiran dan kehormatannya.

...dalam botol sebuah filem yang wajib ditonton oleh semua peminat filem di Malaysia. Bakal menemui penonton mulai Februari 2011, .. dalam botol akan menjelajah beberapa buah negara yang khabarnya berminat untuk menjadi pengedar bersama bagi filem ...dalam botol. Apa yang pasti, ia bukan sekadar sebuah kisah kontroversi tetapi paparannya amat menyentuh perasaan anda.. Hayati dan nantikan kehangatannya akan datang..



p/s: Bagi anda yang sudah menonton ...Dalam Botol masa preview untuk bloggers minggu lepas di FINAS.. dimaklumkan bahawa tayangan tersebut adalah dalam bentuk DVD bukannya 35mm filem. nak tengok kualiti gambar lagi cantik HDnya.. nantikan premier Dalam Botol secara ekslusif akan datang!!!. dan juga dipanggung sebenar.. Sebuah filem terbitan Pengedaran J.A.S Sdn Bhd.

...dalam botol don't miss it!!

Catat Ulasan

0 Ulasan