'Eye On Borneo' Dokumentari buat Production di Sabah dan Sarawak!


Aku nak menarik perhatian semua pembaca blog aku
terutamanya yang berada di Sabah dan Sarawak sahaja!.

'Eye On Borneo' satu projek penerbitan dokumentari tentang keunikkan Sabah Sarawak
yang ingin anda ketengahkan..

Aku akan berada di Sabah pada 23 hb Mei dan Sarawak 25 Mei 2011...
nak tahu apa sebabnya..
sila teruskan membaca dan meneliti info yang aku bagi ini...



Info Terkini dari finas

Penerbitan Dokumentari Eye On Borneo

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berbesar hati mengundang anak Malaysia yang kreatif untuk menghasilkan dokumentari yang berkualiti dan mampu untuk memaparkan keunikkan Sabah dan Sarawak di persada antarabangsa. Peluang terbuka bagi penerbit (syarikat) dan individu di Sabah dan Sarawak yang mempunyai pelbagai cerita yang menakjubkan tentang Sabah dan Sarawak. Sila hantar kertas cadangan (1 salinan kepada Bahagian Produksi dan 1 salinan ke Pejabat Wilayah) sebelum atau pada 24 Jun 2011.

Bengkel penerangan dokumentari akan diadakan pada :

Tarikh : 23 Mei 2011
Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari
Tempat : Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu, Sabah

Tarikh : 25 Mei 2011
Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari
Tempat : Hotel Pullman, Kuching, Sarawak

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Produksi Finas di talian : 03-41041308 /1391

p/s: Aku suka suasana Sabah... cukup mendamaikan apabila berada di tengah laut


Catat Ulasan

1 Ulasan

Kaban berkata…
Saya ada menghadiri sesi di Kuching. Kami juga akan cuba untuk menyediakan proposal serta melibatkan diri dlm projek ini.

OCH Sound Production, Kuching.