FENOMENA OMBAK RINDU.. YOUTUBE KENA BLOCK!

Sejak AMY menyiarkan laporan mengenai OMBAK RINDU yang diturun muat penuh dalam laman Youtube, juga berita yang dipaparkan Berita Harian hari ini, filem OMBAK RINDU di Youtube dan rangkaiannya telah di'block'. Walaupun bersaing dengan Astro First, filem Ombak Rindu yang diturun muat individu yang tidak bertanggung jawab itu di laman youtube adalah menyalahi undang-undang di bawah Akta Hak Cipta 1987. Menurut Datin Paduka Shuhaimi Baba, Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) ketika dihubungi media berkata, 'selagi pihak penerbit atau produser filem (Astro Shaw & Tarantela Pictures) tidak membuat laporan berkenaan isu ini, pihak kami tidak boleh membantu dalam perkara ini'. Sekiranya laporan dibuat, tindakan undang-undang boleh dikenakan kepada semua pemegang akaun Youtube yang telah menurun naik filem Ombak Rindu untuk tontonan umum.

Walaupun menemui penonton di Astro First, OMBAK RINDU arahan Osman Ali kini boleh didapati dalam bentuk DVD yang original di semua kedai muzik dan video seluruh Malaysia. DVD yang diedarkan oleh K&L Entertainment Sdn Bhd ( Malaysia) dan Dallas Entertainment Sdn Bhd ( Singapore) itu juga mengandungi The Making Of dan MTV Klip Video. Bagi anda peminat OMBAK RINDU boleh memiliki DVD ini segera dipasaran sebelum ia kehabisan stok!.

p/s: Yeahh.. nak layan OMBAK RINDU.. tapi ASTRO FIRST ada dalam bentuk HD.. perghh cantik giler.. siapa yang ada PVR tu jgn nak rekod buat cetak rompak pulak ye..

Catat Ulasan

0 Ulasan