GAY DAN LESBIAN JUGA CIPTAAN TUHAN : IRSHAD MANJI

Segmen : Isu Panas
by: admin

Penulis dan Aktivis Kontroversi, Irshad Manji ketika ditemui media menjelaskan bahawa 'golongan homoseksual termasuk gay dan lesbian tidak wajar di diskriminasikan dengan alasan mereka tidak normal sedangkan golongan itu juga manusia ciptaan tuhan'.

Pandangan tajam Irshad mengundang polimek dalam dunia politik di Malaysia apabila aktivis yang dikatakan menyokong aktiviti LGBT itu disifatkan manusia amat berbahaya dan boleh mengundang persepsi berbeza dari segi agama dan hak asasi manusia.

Sebelum ini, penulis wanita itu mencetuskan perbalahan dan pandangan tipikal beberapa masyarakat apabila melahirkan naskhah tulisannya menerusi buku 'Allah Liberty and Love' sehingga pihak Jakim mahu mengharamkan penerbitannya dengan alasan 'menghina agama islam'.

Ketika menjawab persoalan tentang kontroversi yang diciptanya, Irshad Manji menjelaskan bahawa 'beliau tidak akan memohon maaf kepada mana-mana pihak berhubung pelbagai isu yang timbul membabitkan dirinya kerana berbeza pendapat, tetapi yang berhak untuk dipohon ampun adalah Tuhan Yang Maha Esa'.

'Islam tidak menolak dan membenci golongan 'gay dan lesbian', kerana mereka juga manusia seperti kita, cuma yang membezakannya adalah nafsu yang mereka miliki', jelas Irshad Manji penuh serius.

Selain dari isu yang membabitkan elemen homoseks, Irshad Manji juga dilabelkan individu yang menyokong perkahwinan campur berlainan agama (tanpa menukar agama asal seseorang tersebut).

Mengulas perkara itu, Irshad mempunyai pendiriannya tersendiri iaitu 'perkahwinan sedemikian dapat menghentikan golongan muda islam ( yang berkahwin dengan bukan islam) meninggalkan agama islam semata-mata kerana cinta'.

Pandangan Irshad dikira menyimpang dari landasan islam di Malaysia dan pihak Jakim wajar menangani isu yang boleh memudaratkan kefahaman masyarakat tentang islam dan cara hidup yang dipratikkan masyarakat sepenuhnya.

Video

amy's said: Menunggu ulasan dan pandangan Jakim berkenaan isu Irshad Manji ini..

Catat Ulasan

0 Ulasan