'RISING SUN OVER MALAYA' by HARUN RAHMAN DI NOBATKAN SEBAGAI DOKUMENTARI TERBAIK DI MALAM ANUGERAH DOKUMENTARI MALAYSIA 4, 2013.

Terjawab sudah siapakah pengarah dan dokumentari terbaik di Malam Anugerah Dokumentari Malaysia 2013. Dianjurkan buat kali ke-empat dalam tempoh 2 tahun, malam kegemilangan penggiat sinema dokumentari tempatan baru menutup tirainya. Dihadiri ramai penggiat filem dan dokumentari tempatan, Anugerah Dokumentari Malaysia 2013 yang dianjurkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menobatkan RISING SUN OVER MALAYA arahan Harun Rahman memenangi 5 anugerah utama pada malam ini. Dokumentari yang diterbitkan Novista Sdn Bhd itu memenangi Anugerah Dokumentari Terbaik seterusnya Adunan Penataan Audio Terbaik, Skrip Terbaik, Pengarah Terbaik dan Dokumentari Sejarah Terbaik. 

Malam Anugerah Dokumentari Malaysia 2013 yang diadakan di Studio Sound Stage, FINAS tadi diserikan lagi dengan persembahan penuh ekslusif oleh One Forteen (Penglipur Lara), Amira AF (Sesaat Untukku) dan Dina Nadzir (Earth Song) . Menariknya ketiga-tiga mereka juga menyampai lagu secara Trio Duet, sebuah lagu Ciptaan Dato' Wah Idris, Standing In The Eyes Of The World. Lagu itu terpilih bagi menghormati serta menyerikan lagi Sukan Sea pada tahun ini.


Konsep Emas dan Black Gold dipilih pada tahun ini, dimana rekaan poster dan konsep pada Malam Anugerah Dokumentari Malaysia adalah sentuhan ekslusif dari penerbit Hadley Ace. Tahniah buat semua pemenang.


Keputusan penuh Malam Anugerah Dokumentari Malaysia 2013:-

ANUGERAH DOKUMENTARI TERBAIK
Rising Sun Over Malaya
Novista Sdn Bhd

ANUGERAH DOKUMENTARI ALAM SEMULAJADI TERBAIK
Return To Kinabalu
Wildman Pictures

ANUGERAH DOKUMENTARI KESENIAN & KEBUDAYAAN TERBAIK
The Royal Press
DB Pictures Sdn Bhd

ANUGERAH DOKUMENTARI SEJARAH TERBAIK
Rising Sun Over Malaya
Novista Sdn Bhd

ANUGERAH PENGARAH TERBAIK
Harun Rahman
Rising Sun Over Malaya

ANUGERAH SINEMATOGRAFI TERBAIK
Wong Chin Hor
The Royal  Press

ANUGERAH SKRIP TERBAIK
Rising Sun Over Malaya
Christopher Hale

ANUGERAH ADUNAN PENATAAN AUDIO TERBAIK
Rising Sun Over Malaya
Novista Sdn Bhd

ANUGERAH PENYUNTINGAN TERBAIK
Mass Selamat : The Fugitive Terrorist
Ahmad Yazid

ANUGERAH DOKUMENTARI PENDEK TERBAIK
Rumah / Tok
Azharr Rudin

ANUGERAH KHAS JURI
Lost Over France : Malaysia's Unsung Hero
3Line Media Sdn Bhd
'Lost Over France dipilih sebagai pemenang anugerah juri kali ini kerana, menyokong usaha pembuat dokumentari tempatan yang berani meneroka ruang penggambaran yang lebih luas dan isu yang tersembunyi tetapi sangat signifikan kepada pembangunan dan kekuatan negara bangsa'.

ANUGERAH TOKOH DOKUMENTARI MALAYSIA
Allahyarham Moh'd Zain Hussein

Catat Ulasan

0 Ulasan