NOOR KUMALASARI, PRIMADONA LEGENDA SEPANJANG ZAMAN

Kelibat primadona legenda, Noor Kumalasari di Kompleks Studio Merdeka, FINAS Hulu Kelang beberapa minggu lepas nyata mencuri tumpuan hadirin yang ada. Kehadiran seniwati tersohor itu adalah kerana pelancaran filem pendek Aidil & Atok, di mana karya ini diarahkan seniwati unggul, Fauziah Datuk Ahmad Daud. 

Walaupun bergelar supermodel masyur pada era 70-an, Noor Kumalasari optimis mengatakan beliau tidak akan kembali mewarnai industri seni dan hiburan tanah air seperti zaman kegemilangannya, tetapi sekiranya tawaran itu memberi manfaat kepada agama, masyarakat dan penonton , mungkin beliau akan mempertimbangkannya.

Kata Noor lagi, 'memang ada penerbit dan pengarah menawarkan saya untuk berlakon, cuma sekiranya karya itu memberi manfaat berdasarkan watak yang bersesuaian mungkin saya akan fikir dan memberi keputusannya'. 

Penglibatan semula Noor Kumalasari dalam dunia lakonan dapat dilihat menerusi kemunculan khasnya dalam sebuah drama terbitan Zeel Production, 'Pintu No.9', pada tahun 2017 yang menjalani penggambaran 90% di Mekah dan Madinah. 

Pelakon yang juga penyanyi itu kini lebih selesa dengan kehidupan normal berbanding dahulu lebih mengejar populariti. Noor Kumalasari mencipta nama sebagai pelakon menerusi filem Menanti Hari Esok (1977) dan Tunang Pak Dukun (1960) yang merupakan lakonannya ketika usia kanak-kanak. Menghasilkan 9 buah album studio, Noor Kumalasari antara pelakon, penyanyi dan pengacara ; merupakan adik kepada superstar, Anita Sarawak. 

Catat Ulasan

0 Ulasan