RAIKAN 5 FILEM KOREA TERBAIK, DETIK CEMAS 'THE TUNNEL' DIPERTONTONKAN

Peminat filem dari negara Korea pastinya beruntung kerana Festival Filem Korea yang  dianjurkan Kedutaan Republik Korea yang berpusat di Kuala Lumpur telah berjaya mencapai matlamatnya. Festival yang berlangsung pada 22 hingga 26 November lalu menyaksikan sebanyak lima buah filem terbaik Korea ditayangkan.

 The Front Line” (2011), Kai: The Legend of Mirror Lake” (2016), "Bori” (2018), Granny Poetry Club” (2019), dan Tunnel” (2016), antara lima buah filem yang ditayangkan di Pawagam GSC secara percuma buat penggemar filem Korea di Malaysia. 

Tunnel (2016), menjadi antara filem pembukaan di Malaysia bagi meraikan kepelbagaian budaya dan tradisi masyarakat Korea, namun filem yang berada di dalam genre suspend thriller itu mengisahkan seorang lelaki Korea yang terperangkap di bawah terowong di sebuah lebuh raya berbukit yang secara tiba-tiba runtuh. 

Tayangan kelima-luah buah filem ini juga adalah bersempena Ulang Tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur antara Korea dan Malaysia yang dipilih secara teliti dengan ciri-ciri yang melambangkan nilai-nilai teras diplomasi awam Korea, iaitu “Keamanan (Peace), Kebebasan (Freedom), Persaudaraan (Solidarity) dan Kemakmuran (Prosperity)”.

Ketika berucap merasmikan festival, Yeo Seung-bae, Duta Besar Republik Korea ke Malaysia berharap, dengan tayangan kelima-lima buah filem Korea ini sedikit sebanyak membantu perkongsian budaya Korea di Malaysia melalui aspek seni dan budaya.

Diharapkan festival seumpama ini menjadi acara tahunan di Malaysia sekaligus membantu menaik taraf kehidupan masyarakat melalui filem dan seni.

Catat Ulasan

0 Ulasan