IZAT IBRAHIM TERATAS DI BIG STAGE ALPHA

Minggu kelima Big Stage Alpha menyaksikan kejutan menarik apabila Izat Ibrahim melonjak naik pada kedudukan teratas dengan markah keseluruhan sebanyak 83.70% mengetepikan saingan terdekat bagi merebut satu juara.

Izat yang tampil dengan persembahan penuh bertenaga menerusi lagu Khayalan (nyanyian asal Ruffedge) itu naik satu tangga dari tempat kedua minggu lepas untuk berada di kedudukan pertama minggu ini. 

Rizal Rasid pula jatuh di tempat kedua dengan markah 79.50%, manakala Aeril Fesol kekal berada di tempat ketiga dengan jumlah markah 74.45%, naik 2.25% dari kedudukan minggu lalu. 

Namun, suasana sedikit mendebarkan apabila Awieniet hampir tersingkir dengan markah 59.10%. Awienet yang tampil membuat persembahan menerusi lagu Tearin' Up My Heart (NSYNC)  itu terselamat walaupun peratus untuk beliau meninggalkan pentas Big Stage Alpha adalah amat tinggi.

Bertemakan Certified Boy Groups, Big Stage Alpha minggu kelima ini menampilkan Dato' AC Mizal sebagai juri jemputan, di samping Hael Husaini, Edry Abdul Halim dan Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri tetap.

Di antara lagu yang dipersembahkan Minggu kelima Big Stage Alpha

  1. Izat Ibrahim  - Khayalan (Ruffedge)
  2. Rizal Rasid - Ayu (VE)
  3. Ariel Fesol - Oh La! La! (KRU)
  4. Daniel Sher - Flying Without Wings (Westlife)
  5. Ray-D - Everybody (Backstreet Boys)
  6. Araff - Babe (KRU)
  7. Afiq Sky - Cari Tapak (Senario)
  8. Allan Andersn - Hard To Say I'm Sorry (AZ Yet / Chicago)
  9. Awienit - Tearin Up My Heart (NSYNC)
            
Lagu Berkumpulan

  1. Alpha Ultra - Fiction (Beast)
  2. Alpha Prime  - Growl (Exo)

Catat Ulasan

0 Ulasan