Kumpulan Syarikat KRU, melalui anak syarikatnya Kruniverse Sdn Bhd, mengorak langkah besar dalam industri hospitaliti dan gaya hidup dengan menjalin kerjasama strategik bersama Unity Trust Berhad. Usaha ini bakal memacu pembangunan projek bernilai RM50 juta di Shah Alam dan Klang dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Sebagai sebahagian daripada visi jangka panjang untuk menjadi peneraju serantau dalam pelancongan berteraskan hiburan dan teknologi, Kruniverse akan melaksanakan beberapa projek utama di lokasi strategik dengan sokongan pihak berkuasa tempatan serta pemegang taruh.
Presiden Lembaga Pengarah Kruniverse, Y.M. Tengku Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi bin Y.A.M. Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj, berkata kerjasama ini memanfaatkan kekuatan jenama KRU, teknologi berasaskan AI, dan harta intelek yang dimiliki bagi menawarkan pengalaman hospitaliti bertaraf tinggi.
Bagi memastikan tadbir urus yang kukuh dan telus, Kruniverse telah memeterai perjanjian bersama Unity Trust Berhad sebuah organisasi amanah berlesen yang memiliki rekod cemerlang dalam pengurusan korporat. Ketua Pegawai Eksekutif KRU Corp, Dato’ Norman Abdul Halim, menegaskan bahawa kerjasama ini bukan sekadar memperluas operasi, tetapi turut membina ekosistem mampan yang memberi manfaat kepada perniagaan dan komuniti setempat.
Ketua Pegawai Eksekutif Unity Trust Berhad, Syed Sadiq Obaidi Albar Syed Hamid, menambah bahawa kerjasama ini akan membantu Kruniverse beralih daripada perniagaan milik keluarga kepada sebuah organisasi mampan, berasaskan data, dan ditadbir secara profesional, sejajar dengan amalan terbaik penyenaraian awam di masa hadapan.
Projek pertama di bawah kerjasama ini dijadualkan dilancarkan pada November 2025, menandakan permulaan babak baharu bagi Kruniverse dalam industri pelancongan berkonsep hiburan.
.png)
.png)
.png)

0 Ulasan