Astro terus memperkukuhkan penawaran hiburannya menerusi pakej Astro One yang kini hadir dengan lebih banyak nilai tambahan buat pelanggan baharu dan sedia ada. Menerusi pakej ini, pelanggan dapat menikmati gabungan hiburan premium, siaran langsung sukan serta penstriman digital dalam satu pengalaman tontonan yang lebih mudah dan lancar.
Direka untuk memenuhi keperluan semua lapisan pelanggan, pakej Astro One turut menawarkan akses kepada Netflix bersama kemudahan Astro GO yang membolehkan kandungan distrim pada bila-bila masa dan di mana sahaja menerusi dua peranti serentak. Menariknya, pelanggan juga bakal menikmati akses percuma kepada Pek Blockbuster yang diperkenalkan Astro.
Bermula 1 Mei 2026, pelanggan yang melanggan Pek Entertainment atau Pek Sports Astro One boleh menikmati harga promosi khas masing-masing pada RM74.90 dan RM94.90. Tawaran ini turut merangkumi akses Netflix serta Pek Blockbuster secara percuma selama 24 bulan tanpa sebarang caj tambahan.
Pek Blockbuster tampil dengan empat saluran hiburan dan filem baharu iaitu Astro Showtime (CH 411), Astro FAM Time (CH 412), Rock Action (CH 414) dan Rock X Stream (CH 415), sekali gus menambah variasi kandungan untuk seisi keluarga.
Bagi Pek Entertainment Astro One, pelanggan boleh menikmati Netflix Basic, Astro GO dan Pek Blockbuster pada harga RM74.90 berbanding harga asal RM87.67. Pakej ini turut menawarkan pemasangan Plug & Play secara percuma, manakala pemasangan standard dikenakan caj RM50. Sementara itu, Pek Sports Astro One pula ditawarkan pada harga promosi RM94.90 berbanding harga asal RM137.67. Semua harga yang dinyatakan adalah tidak termasuk SST.
Dengan pelbagai kandungan menarik disediakan, pelanggan boleh menikmati barisan program hiburan dan drama terkini termasuk Talk To My Manager Musim 2 serta Singer 2026 – Malaysia yang bakal menemui penonton bermula 30 Mei ini. Peminat drama juga disajikan dengan siri seperti Isteri Rahsia Ungku Jabbar dan drama Tamil baharu, Thural yang mula bersiaran pada 13 Mei.
Selain itu, Astro turut memperkukuhkan katalog kandungannya menerusi Astro Originals Good Boys Go To Heaven serta drama Cina terbaharu, Lie To Love.
Bagi peminat sukan, Astro membawakan pelbagai kejohanan utama dunia secara langsung termasuk MotoGP World Championship, Wimbledon Championships, Premier League, AFC Champions League, UEFA Champions League, La Liga, Bundesliga, BWF Malaysia Masters, SUKMA Selangor dan juga 2026 Asian Games. Kesemua kandungan ini boleh ditonton sama ada di rumah mahupun ketika bergerak menerusi Astro GO.
Dalam masa sama, Netflix pula menawarkan pelbagai kandungan antarabangsa popular termasuk Avatar: The Last Airbender Musim 2 yang bakal ditayangkan pada 25 Jun, drama komedi Korea The WONDERfools lakonan Park Eun-bin dan Cha Eun-woo, selain filem animasi fantasi komedi Swapped yang menampilkan Michael B. Jordan.
Tawaran promosi ini terbuka kepada pelanggan baharu dan pelanggan sedia ada yang melanggan Pek Entertainment atau Pek Sports Astro One sepanjang tempoh promosi berlangsung. Pelanggan baharu akan terikat dengan kontrak selama 24 bulan selepas pengaktifan, manakala pelanggan sedia ada yang layak dan melakukan naik taraf atau pertukaran pakej juga boleh menikmati tawaran sama, tertakluk kepada terma dan syarat.
Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh mendapatkan tawaran ini menerusi Astro Authorised Experience Partners, kiosk premium, booth mudah alih, semua saluran jualan Astro atau menghubungi pihak Astro melalui panggilan telefon dan WhatsApp di +603 9543 3838. Maklumat lanjut turut boleh didapati menerusi laman rasmi Astro Promotions.




0 Ulasan