'Hantu Bonceng' hina agama islam? . Saya kata TIDAK!!. Tapi.. Apa kata Lembaga Penapisan Filem (LPF)?


Selepas mengutip kutipan pecah panggung RM 8.5 juta setelah 2 minggu ditayangkan, Hantu Bonceng arahan sutradara profilik, Ahmad Idham kini membonceng Astro First pulak. Kemudian, timbul pulak kontroversi membabitkan salah satu dialog yang diucapkan pelakon utamanya, Zizan Razak, dikatakan mempersendakan agama islam melalui kalimah syahadah menyebut 'asyhadu anna muhammadar... syaitan', bermaksud 'Aku Naik Saksi Bahawa Muhammad Itu Syaitan'. Kontroversi itu ditimbulkan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan.

Jika ditonton secara teliti, kalimah syahadah yang diucapkan Zizan Razak melalui karektornya di dalam wad hospital itu bukan bertujuan menghina islam mahupun merendahkan kredibiliti agama dan kesucian islam itu sendiri, tetapi ucapan yang dilontarkan Zizan langsung tidak menyambung baris terakhir kalimah 'muhammadar.. ( dengan Rasululullah) sebaliknya dengan perkataan syaitan. Dalam persoalan ini cuba fahami sedalam-dalamnya.. Watak Zizan dalam keadaan tidak sedar dan terkejut dengan kehadiran Kunyit ( rakan baiknya) - beliau menyebut SYAITAN!! ( adalah kunyit) dan beliau mengucap kalimah itu ( tidak sempat menyambung baris terakhir muhammadar.. terus dengan perkataan Syaitan.) Sebab apa?. Sebabnya watak Zizan itu dalam keadaan tidak terkawal, lantaran menyebut SYAITAN pada baris terakhir bagi menggambarkan Syaitan itu adalah gangguan persekitaran yang merosakkan kehidupannya - sehingga tersadai di atas katil dalam sebuah hospital.

Dalam persoalan ini, Hantu Bonceng tidak wajar di anggap sebuah filem menghina islam. Sekiranya ia menghina islam, sudah lama filem ini diharamkan daripada tayangannya di pawagam. Setelah mengutip pulangan jutaan ringgit secara sah, barulah Ketua Pemuda Pas itu berani mengemukakan hujah untuk menghentam filem ini. Adakah ia satu agenda politik bagi menghentam kerajaan?. Ya jawapan saya. Dalam perkara ini, saya memohon penjelasan daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF) bagi menjawab tuduhan Ketua Pemuda Pas itu yang mengatakan LPF suka hati meluluskan sesebuah filem. Jika LPF sudah menjawab, maka barangkali pihak PAS akan rasa aman dan damai dengan tuduhan mereka itu. Dalam situasi ini juga, tiada kena mengena dengan FINAS ( tuduhan Ketua Pemuda PAS). Sebab FINAS membantu industri filem bukan meluluskan atau mengharamkan sesebuah filem. Pengharaman sesebuah filem boleh dibuat oleh LPF di bawah Kementerian Dalam Negeri. wokey!

Apa yang pasti, tiada penghinaan terhadap islam melalui Hantu Bonceng.. Cuma salah faham yang cuba dipermainkan Ketua Pemuda Pas itu bagi mencipta kontroversi, sekaligus sebagai jalan promosi berkesan (promosi free lagi) supaya ramai melanggan Astro First agar Hantu Bonceng Box Office di Astro First pulak!

Tepuk dada Tanya selera..
Fikir-Fikirkan sebelum berkata..
Silap Kata.. Silap Tafsir runtuhlah organisasi..

p/s: Mohon LPF bukak mulut ya..

Catat Ulasan

1 Ulasan

al qassam berkata…
"Watak Zizan dalam keadaan tidak sedar dan terkejut dengan kehadiran Kunyit ( rakan baiknya) - beliau menyebut SYAITAN!! ( adalah kunyit) dan beliau mengucap kalimah itu ( tidak sempat menyambung baris terakhir muhammadar.. terus dengan perkataan Syaitan.) Sebab apa?. Sebabnya watak Zizan itu dalam keadaan tidak terkawal, lantaran menyebut SYAITAN pada baris terakhir bagi menggambarkan Syaitan itu adalah gangguan persekitaran yang merosakkan kehidupannya - sehingga tersadai di atas katil dalam sebuah hospital."
----------------------------------------
kita boleh terima jika ia sesuatu keadaan yg benar2 terjadi(realiti) dimana seseorng itu dalam keadaan yg xsedar mengunkappkan perkara itu krn ia berada diluar kawalan akal.persoalan disini ilah mana mgkin kita boleh terima jika ia hanyalah sebuah lakonan sahja??? hanya lakonan yg pasti seseorng itu berada dalam keadaan waras/ turut juga waras utk menghafal skrip.

-skrip adegan tersebut ditulis dalam keadaan waras
-pengarah mengarahkan adegan tersebut dalam keadaan waras
-pelakon yg melakonkan watak tersebut juga dalam keadaan waras.

jgn samakan sesuatu yg realiti dgn sebuah lakonan wahai saudara.. agama bukan utk dibuat permainan dan bahan jenaka. apakah salahnya lakonan itu di buat secara penuh khalimah syahadahnya..rugikah kalau sebut penuh saudara??? kenapa perlu berhenti kemudian disambung..syanitan? lakonan tu pasti di lakonkan berulangkali utk mndapat shot yg terbaik..mustahil ia terlepas pandang..xkanlah x ada sensitiviti lagsung pada khalimah suci wahai saudara..berlakon2 pun kita kenalah sensitif jugak..kita ada agama dan panduan.jgn main terjah je.

sy nak tanya sedikit..setiapa apa yg terkandung dalam filem pasti akan menjadi ikutan manusia. terutamanaya dari golongan kanak2 akan meniru sesuatu ape yg tidak dia fahami.mgkin ia merasa ia sesuatu yg kelakar atau mgkin ia merasakan itu kalimah yg betul atas acuan dialog tersebut. soalan sy..adakah saudara yakin kanak2 atau budak2 yg menonton filem2 sebegini xkan terpengaruh shingga mengungkapkan khalimah syahadah sbgitu ? seterusnya anda yakin yg semasa zizan melaung2 kalimah tersebut org yg menonton ketika adegan tersebut tidak ketawa?

anda berani jamin di akhirat kelak Allah swt tidak akan tanya mengapa LAKONAN itu mengungkapkan kalimah syahadah/ayat suci itu tidak sempurna dan dijadikan bahan lawak? anda berani jamin? anda berani jamin ttidak akan disoal? anda berani jamin Allah akan terima jawapan saudara kononnya sbb ia hanya lakonan ketika zizan xsedar?

susah sgtkah sebuah lakonan itu disambung habis? hanye satu perkataan yakni "rasulullah" yg tertinggal, habiskan lah sikit shj lagi.bukannya mereka yg melakonkan watak tu tidak normal dan berada dalam keadaan yg xwaras wahai saudara.matlamat x menghalalkan cara. wallahu a'lam