Penjurian Festival Filem Malaysia ke 24 perlu telus!

Malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke 24, 2011 dijangkakan akan berlangsung dengan meriah pada November 2011 bertempat di Kuala Lumpur, Malaysia. Pemilihan lokasi pada malam anugerah FFM 24, 2011 akan diumumkan dalam jangka masa terdekat. Penganjuran FFM 24 kali ini diterajui sepenuhnya oleh GAFIM dengan anggaran kos melebihi RM 2 juta ringgit. Oleh itu, harus diingat bahawa FFM 24 bukan dibawah FINAS lagi. FINAS cuma membantu dari segi kewangan , dan selebihnya GAFIM perlu mencari sponsor bagi merealisasikan FFM 24 ini dengan jayanya.

Penjurian bagi filem-filem yang bertanding di Malam Anugerah FFM 24 kini berlangsung di Pawagam Mini P.Ramlee FINAS. Penayangan filem dalam format 35mm kepada juri terpilih ; membantu mereka menilai semua aspek dalam sesebuah filem bagi mencari kualiti terbaik merangkumi sudut lakonan, sinematografi, plot penceritaan, teknikal dan sebagainya. Namun, untuk memilih antara yang terbaik, persoalannya ; siapakah juri yang dipertanggung jawabkan memilih filem yang bertanding di FFM 24?. Itu saya kurang pasti.. tetapi apa yang saya nampak juri FFM 24 kali ini dikalangan mereka yang terlibat dalam industri filem Malaysia sahaja. Apakah mereka benar-benar memilih filem tempatan terbaik dengan melihat kepada mise-on-scene dalam plot penceritaan, bukannya 'memilih filem yang juri suka tengok!'. Sekiranya FFM 24, jurinya memilih 'filem yang dia suka tengok' dan 'dia tak suka filem itu', barangkali filem yang berkualiti sukar dicari, tapi filem berkuantiti jutawan akan diangkat sebagai karya terbaik 2011! Percayalah.. jika ini tidak dikawal, industri filem Malaysia takkan ke mana.

Penjurian FFM 24 perlu telus dalam mencari Juri yang benar-benar faham dalam sesebuah filem, bukannya memilih mereka mengikut agenda politik atau kroni semata-mata. Pemilihan Juri perlu dibuat mengikut latar belakang mereka dalam dunia perfileman, misalnya FFM 24 boleh memilih juri dari festival filem luar, misalnya karyawan dari Indonesia, Thailand, Singapore atau sebagainya, dan barulah memilih salah seorang wakil dari Malaysia. Pemilihan ini penting bagi memilih Filem Malaysia terbaik dari segi content dan isi penceritaannya, agar ia adil bagi mencari filem kita terbaik dari kaca mata pembikin filem luar. Jika ini tidak dibuat, maka FFM 24 tiada kualiti dari segi pemilihan juri, walaupun juri kita tidak kurang hebatnya.. Namun sampai bilakah kita ingin melihat industri filem kita hanya bertapak sebelah kaki saja, bukannya kedua-dua kaki - bagi membawa filem kita ke persada dunia.

Justeru, walauapapun terjadi, kita inginkan yang terbaik dalam Festival Filem Malaysia. Maka semua pihak terlibat perlu memikirkan strategi bagi memperkukuhkan arena perfileman negara agar ia dapat berdiri sama-sama tinggi dengan industri filem dari luar negara..

Tepuk dada tanya selera.

p/s: kita tunggu dan lihat je lah ye. sabor je lah..

Catat Ulasan

1 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Kriteria penjurian tu yang kena tukar. Citra Nusa Bangsa tu terlalu umum. Mereka akan pasti melihat elemen patrotik yang disogok keterlaluan 'hard sell' sebagai sesuatu yang bagus. Mereka akan nampak bendera dan dialog 'demi negara' sebagai nusa citra bangsa dan tidak sedar bahawa 'naik ke rumah menanggal kasut' itu juga sebagai nusa citra bangsa. Mungkin kerana itu mungkin Magika menang tahun lepas, sogokan budaya yang dipaksa tanpa struktur dramatik mengikatnya.

Lima orang juri dengan dua puluh kategori dan 40 filem. Sekali menonton untuk mengadili berpuluh kategori.

Sukar untuk kita ke persada dunia. Kriteria pemilihan kita bertentangan dengan apa yang dikehendaki dunia. Kalau ini berterusan. Persada dunia hanya mimpi