8 BUAH FILEM TEMPATAN SEPANJANG SEPTEMBER 2012!!

Skim Wajib Tayang yang memperuntukkan 2 buah filem tempatan seminggu sejak ia diperkenalkan nyata menjadikan filem tempatan sebagai satu 'lambakkan dalam dunia sinema' . Filem dilihat sebagai satu komuniti dagangan yang komersial mahupun sebagai medium penceritaan dalam sesuatu naskhah yang memerlukan 'kajian teliti atas pemahaman sesebuah karya', sering kali dipelopori oleh golongan tertentu. Filem saban hari ditonton oleh segenap lapisan masyarakat tidak mengira batas usia, jantina dan kedudukan. Filem antarabangsa termasuk dari Hollywood, Thailand, Korea, Indonesia, dan sebagainya antara pencabar kepada skim wajib tayang yang menayangkan 2 buah filem seminggu di beberapa pawagam tempatan. Cabaran ini boleh memusnahkan sinema tempatan kerana filem hari ini semakin murah dan rendah kualitinya dibiarkan bermaharajalela di beberapa pawagam tempatan seluruh Malaysia.

Sebanyak 8 buah filem tempatan ; bermakna setiap seminggu akan ada 2 buah filem tempatan ditayangkan sepanjang September 2012. Penayangan filem ini boleh dilihat dari sudut positif, tetapi ia juga boleh dipandang dari sisi negatif, sekiranya industri filem tempatan tidak dikawal sepenuhnya oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). Pihak Finas perlu memastikan pihak pawagam mengikut peruntukkan tayangan bagi sesebuah filem tempatan yang ditayangkan di pawagam tempatan, bukannya membiarkan nilai sesebuah filem ditarik balik tayangannya oleh beberapa pawagam, memandangkan terlalu banyak filem bersaing sesama sendiri di beberapa pawagam seluruh tanah air.

'Hantu Air, Salam Cinta, Kepong Gangster, Halim Munan, Untuk Tiga Hari, Aji Noh Moto, Sofazr The Movie: Jiwa Kacau dan Hantu Kapcai' antara 8 buah filem tempatan akan menemui penonton di seluruh pawagam tempatan di sepanjang bulan September 2012. Kelapan-lapan filem ini pastinya mempunyai pelbagai cerita dan penontonnya tersendiri. Diharapkan filem-filem ini tidak tandus di pertengahan jalan, memandangkan terlalu banyak sangat filem tempatan yang akan bersaing dengan filem-filem besar dari seluruh pelusuk negara. Apa yang pasti, pihak Finas perlu mengkaji apakah relevannya seminggu 2 filem di pawagam memandangkan ketika ini kutipan filem tempatan kita agak merosot, cuma ada juga filem tempatan kita yang mampu menarik minat penonton sepertimana yang dibuktikan Syafiq Yusof menerusi filem SAM.

Wallahuallam.

HANTU AIR

SALAM CINTA

KEPONG GANGSTER

HALIM MUNAN

UNTUK TIGA HARI

AJI NOH MOTO

SOFAZR THE MOVIE : JIWA KACAU

HANTU KAPCAI

p/s: selamat menonton

Catat Ulasan

0 Ulasan