'WAKTU' PERTEMUKAN ZIANA & HASIF

Setelah lama tidak muncul dengan lagu baharu, penyanyi legenda Ziana Zain, 55,  kembali mewarnai industri muzik tanah air menerusi 'Waktu', sebuah kolaborasi hebat bersama pendatang baharu, Hasif Upin. Lagu hasil ciptaan komposer Iqie Hugh, John Jeeves  dan Firdaus Rahmat itu diterbitkan oleh Armani Entertainment Group merupakan single pertama Ziana Zain selepas 15 tahun.

Bukan mudah untuk memujuk Ziana kembali mewarnai industri muzik selepas 15 tahun menyepi tanpa sebarang karya baharu, malahan penyanyi bersuara lantang yang telah menghasilkan 6 buah album studio dan 5 buah album Live serta kompilasi itu menyifatkan 'Waktu' adalah single terbaharu nyanyiannya bersama Hasif, sekaligus dapat mengubat kerinduan peminat yang sekian lama mahu beliau muncul dengan lagu terbaharu walaupun dihasilkan kini dalam bentuk 'single duet'.

"Bukan tidak mahu mengikut trend, tetapi saya begitu teliti dalam setiap aspek pemilihan lagu. Saya tidak mahu ada peminat yang kecewa dan akhirnya saya dikecam.

"Memang sukar untuk saya membuat keputusan untuk kembali dengan naskhah ini. Walaupun ada yang bertanyakan kenapa tidak buat lagu solo, kenapa secara berduet?. Bukan tidak mahu, tetapi ia bergantung pada rezeki, dan saya percaya peminat muzik menyukai karya 'waktu' yang sudah berputar di semua platform digital sejak 29 Jun yang lalu", kata Ziana Zain ketika melancarkan 'Single Waktu' di sebuah hotel terkemuka ibu negara.

Hasif Upin atau nama sebenarnya, Hasif Sharuddin, 31 dalam satu kenyataan berkata, beliau tidak mahu dikatakan menumpang populariti Ziana, walaupun antara dia dengan Ziana mempunyai jurang yang berbeza, namun kami disatukan dalam satu projek 'Waktu" dan akui Hasif, Ziana Zain adalah penyanyi pujaannya sejak dahulu lagi.

Manakala menurut Dato’ KK Chua, Ketua Pegawai Eksekutif AEG, “Gabungan Hasif Upin dan Ziana Zain adalah buah tangan terbaharu AEG yang amat kami banggakan, bukannya senang untuk melamar penyanyi tersohor seperti Ziana untuk turut terlibat dalam projek ini. Namun kami yakin lagu ini mampu menjadi saingan hebat terhadap lagu-lagu lain yang ada di pasaran.

Walaupun dianggap penyanyi kelas pertama dengan menerima bayaran yang lumayan, Ziana menerima tawaran ini berdasarkan track record beliau yang sangat cemerlang dalam industri muzik tanah air. Soal menerima bayaran yang mahal bukanlah satu isu", katanya.

Amy Ikram by wajib tonton. 

Catat Ulasan

0 Ulasan